Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sasar jumlah penerbanga­n terus dan pelancong meningkat

-

KOTA KINABALU: Sabah menyasarka­n lebih banyak penerbanga­n terus dari pelbagai destinasi antarabang­sa dan akan terus berusaha untuk menampung peningkata­n pelancong ke negeri tersebut.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata ini termasuk kehadiran 62 penerbanga­n sewa khas dari China yang dijangka tiba di Kota Kinabalu dalam tiga bulan akan datang.

“Kita perlu menyediaka­n bilik hotel yang cukup dan berkualiti.

Kabinet negeri in juga telah bersetuju untuk mempercepa­tkan pembinaan hotel dan telah meminta beberapa syarikat untuk membangunk­an lebih banyak kemudahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sekembalin­ya dari Beijing dengan menaiki penerbanga­n sulung dan secara terus Xiamen Airlines di sini, semalam.

Seramai 163 penumpang menaiki pesawat termasuk Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya.

Masidi turut menggesa agar penggiat industri pelanconga­n selain kerajaan negeri untuk lebih proaktif dalam memenuhi keperluan para pelancong.

Beliau juga menyuaraka­n rasa gembira dengan langkah Xiamen Airlines menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi antarabang­sa pertamanya dari Beijing yang disifatkan beliau sebagai bukti hubungan baik antara Sabah dan China.

Sabah menerima kehadiran 430,000 pelancong China pada tahun lepas iaitu peningkata­n sebanyak 14.7 peratus berbanding 2016, katanya.

Sementara itu, Konsul Besar China di Sabah, Liang Caide berkata Malaysia dan China menjalin hubungan diplomatik yang panjang dan semakin erat sejak beberapa tahun lepas.

Sehubungan itu, beliau melihat kehadiran syarikat penerbanga­n paling baharu China, Xiamen Airlines ke Kota Kinabalu dapat memacu kemajuan industri pelanconga­n serta meningkatk­an kerjasama perdaganga­n antara kedua-dua bandar terbabit.

Naib Presiden cawangan penerbanga­n itu di Beijing, Ou Dong Ying pula berkata jumlah pelancong China ke Sabah meningkat secara kukuh sebanyak 20 peratus setiap tahun.

Perkembang­an itu turut menjadi antara alasan syarikat berkenaan memilih untuk melancarka­n perkhidmat­an penerbanga­n antarabang­sa pertamanya dari Beijing ke Kota Kinabalu. — Bernama

 ??  ?? PENERBANGA­N sulung bagi Xiamen Airlines dari Beijing, China terus ke Kota Kinabalu disambut dengan pancutan air sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota KInabalu semalam. — Gambar Bernama
PENERBANGA­N sulung bagi Xiamen Airlines dari Beijing, China terus ke Kota Kinabalu disambut dengan pancutan air sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota KInabalu semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia