Utusan Borneo (Sabah)

Shopee sasar lebih AS$5 bilion GMV pada 2018

Syarikat merancang untuk memanfaatk­an DFTZ dan menyebar luas barang daganganny­a ke negara lain

-

KUALA LUMPUR: Shopee, platform edagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan menyasarka­n lebih AS$5 bilion (AS$1=RM3.96) dalam nilai barang dagangan kasar (GMV) tahun ini.

Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho berkata, pasaran dalam talian itu mencatat AS$5 bilion dalam GMV di Singapura, Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina pada 2017.

“GMV tahunan Shopee telah melepasi AS$5 bilion dan kami merancang untuk berkembang secepat mungkin pada 2018,” katanya kepada pemberita pada majlis makan tengah hari sempena Tahun Baharu Cina di sini, semalam.

Ho juga berkata, Shopee merancang untuk memanfaatk­an Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) Malaysia di mana syarikat itu telah mengadakan perbincang­an dengan sektor pascapener­bangan dan pihak berkuasa kastam.

“Shopee mempunyai asas penjual yang besar di Malaysia dan merancang menyebar luas barang daganganny­a ke negara lain di rantau ini.

“Kami telah melatih ramai penjual yang baik dan mereka boleh menggunaka­n DFTZ untuk mengimport barang dagangan mereka ke pasaran lain, kerana terdapat unsur gudang dan penjimatan cukai,” katanya.

Pada majlis makan tengah hari semalam, Shopee mengumumka­n Kempen ‘Wang dengan Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina dengan hadiah bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi.

Ia adalah pesta beli-belah selama enam minggu mulai 15 Januari hingga 25 Februari dan sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee akan memperkena­lkan ‘Fortune Ang Pao Game’ kepada pengguna yang mengambil bahagian.

Ho berkata, pengguna boleh terlibat dalam permainan itu untuk memenangi duit syiling Shopee, baucar dan lebih 20,000 Tiket Emas setiap hari.

“Setiap Tiket Emas melayakkan pengguna untuk memenangi cabutan bertuah dengan hadiah, termasuk bar emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah wang tunai mingguan RM1,500 dan hadiah utama RM8,888,” katanya.

Pada masa ini Shopee mempunyai 200,000 penjual dan memperoleh lima juta muat turun aplikasi, menjadikan­nya aplikasi membeli-belah dalam talian nombor satu yang dimuat turun di Android dan iOS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia