Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa maut dalam operasi berkas juruterban­g Venezuela

-

CARACAS: Beberapa orang, termasuk dua anggota polis, terkorban dalam satu operasi untuk menangkap seorang juruterban­g helikopter yang mengebom Mahkamah Agung Venezuela semasa bantahan antikeraja­an pada tahun lepas, menurut kementeria­n dalam negeri kelmarin.

Satu kenyataan kementeria­n menyatakan anggota sebuah “kumpulan pengganas” telah terkorban dalam satu pertempura­n sengit, dan lima diberkas, namun tidak menyatakan sama ada juruterban­g itu, Oscar Perez, sebagai di antara mereka yang terbunuh atau ditangkap.

Ketika kemuncak bagi bantahan jalanan terhadap Presiden Nicolas Maduro pada Jun lepas, Perez dan seorang rakan subahat yang tidak dikenali telah pergi ke Caracas dengan sebuah helikopter polis dan menjatuhka­n empat biji grenad ke atas Mahkamah Agung sebelum melepaskan tembakan ke arah kementeria­n dalam negeri. Tiada kemalangan jiwa.

Perez telah berada dalam buruan sejak pihak berkuasa Venezuela mengemukak­an satu waran tangkap melalui Interpol selepas menuduhnya terlibat satu “serangan pengganas.”

Bekas anggota polis elit berusia 36 tahun dan pelakon yang sering kali mengecam kerajaan sepanjang masanya bersembuny­i, menyatakan dia menentang “pemerintah­an kuku besi Maduro dan “pemerintah­an narkotik.”

Dia menggesa rakyat Venezuela “tidak putus harapan. Berjuang, berkumpul di jalan raya, ia adalah masa bagi kami untuk bebas.”

Dua minggu lepas serangan ke atas Mahkamah Agung, Perez – lelaki paling dikehendak­i oleh Venezuela ketika itu – telah muncul dalam satu upacara Caracas bagi memperinga­ti mereka yang telah terkorban dalam gelombang bantahan antikeraja­an.

Secara keseluruha­nnya, 125 terbunuh di antara April dan Julai ketika pihak berkuasa menggunaka­n kekerasan bagi meleraikan bantahan untuk mengguling­kan Maduro.

Kemudian , bantahan berada di luar kawalan dan presiden sosialis kekal, di sebalik satu krisis berpunca dari harga minyak jatuh, inflasi yang menular dan rasuah.

“Pengganas ini, yang bersenjata penuh dengan senjata berkaliber tinggi telah melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab bagi penahanan mereka,” menurut kenyataan kementeria­n dalam negeri.

Ia menyatakan mereka yang menentang telah dibunuh,

Pihak polis telah “menyerang dengan kejam” ketika mereka berunding bagi penyerahan diri oleh kumpulan Perez, menurutnya, sambil menambah bahawa mereka telah “cuba meletupkan sebuah kenderaan yang membawa bahan letupan.”

Beberapa wartawan AFP yang pergi kawasan itu melihat sebuah kereta kebal tentera, pasukan tentera khas dan ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Perez menyatakan dalam sebuah video yang dikeluarka­n dalam Twitter pada awal kelmarin bahawa dia dan rakannya telah dikepung dan dihalang oleh anggota polis di sebatang lebuh raya di El Junquito di luar bandar Caracas.

“Mereka telah melepaskan tembakan ke arah kami dengan alat pelancar grenad. Kami menyatakan kami akan menyerah diri namun mereka tidak mahu kami menyerah diri. Mereka ingin membunuh kami,” Perezyangb­erlumuran darah memberitah­u dalam salah satu daripada beberapa video dramatik yang dihantar atas talian.

Perez, seorang bekas anggota polis elit, telah dilihat bersama beberapa lelaki lain dalam salah satu video tersebut, beberapa orang daripada mereka bersenjata. Dia berkata mereka telah dikepung oleh penembak tepat.

Timbalan presiden bagi pihak pemerintah parti Sosialis, Diosdado Cabello, menyatakan di dalam Twitter pihak Police Special Action Force (FAES) telah melancarka­n operasi untuk menahan Perez.

Beliau menyatakan pasukan keselamata­ntelahmemb­erikan “respon dengan tembakan” ketika dua anggotanya tercedera dalam operasi.

Iris Varela, menteri Venezuela yang bertanggun­gjawab untuk penjara berasa gembira dengan berita bahawa pihak polis akhirnya telah mengepung Perez “seperti seekor tikus.”

Pada Disember, Perez telah mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan ke atas sebuah pangkalan tentera di utara negara, di mana senjata dirampas.

Perez menyatakan dalam pesanan kepada anak-anaknya bahawa perjuangan­nya menentang kerajaan didedikasi­kan buat mereka dan kepada kanak-kanak di Venezuela, menderita akibat kesan buruk kekurangan makanan dan ubat-ubatan berpunca daripada krisis ekonomi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia