Utusan Borneo (Sabah)

Xi beritahu Trump ‘perubahan positif ’ di semenanjun­g Korea

-

BEIJING: Presiden China Xi Jinping memberitah­u Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa terdapat “perubahan positif” di semenanjun­g Korea, menurut media negara semalam selepas satu panggilan telefon di antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Trump telah mendesak Xi agar meningkatk­an tekanan ekonomi dan politik terhadap Korea Utara dengan harapan untuk meyakinkan ia agar menghentik­an pembanguna­n program senjata nuklearnya.

Ketegangan telah meningkat selepas Utara melakukan beberapa ujian misil dan nuklear serta pemimpinny­a Kim Jong-Un berbalas ugutan berbentuk peperangan dan serangan peribadi dengan Trump.

Namun sejak beberapa minggu ini terdapat satu pendekatan baharu, dengan ke-dua-dua Korea bertemu buat kali pertama dalam tempoh dua tahun serta Pyongyang bersetuju untuk menghantar atletnya ke Olimpik Musim Sejuk Pyeongchan­g di Korea Selatan.

Dalam satu panggilan telefon, Xi “menyatakan bahawa situasi di semenanjun­g Korea telah menunjukka­n perubahan positif,” lapor perkhidmat­an berita rasmi Xinhua.

“Semua pihak terlibat seharusnya melakukan usaha bersama bagi meneruskan momentum ini bagi meringanka­n situasi di semenanjun­g Korea dan mencipta keadaan bagi memulakan rundingan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Seruan itu muncul ketika menteri luar dari 20 negara berkumpul di Vancouver bagi mengadakan rundingan krisis selama dua hari tentang program misil dan senjata nuklear Korea Utara.

Namun AS, yang ketika persidanga­n akan meneliti bersama dengan para sekutunya keberkesan­an bagi sekatan sekarang terhadap negara kecil dan mencuba menambah lebih banyak lagi, kekal ragu-ragu bahawa Kim telah bersedia untuk berunding membuang program senjatanya.

China telah mengkritik run-dingan Vancouver – dianjurkan oleh AS dan Kanada serta tidak melibatkan Beijing dan Moscow – serta menyeru bagi perbincang­an sekatan kekal di dalam rangka kerja PBB.

Semasa panggilan telefon Xi dengan Trump, beliau turut menggesa presiden AS, yang telahbersi­kaptegasme­nentang ketidaksei­mbangan dagangan di antara kedua-dua negara, untuk datang ke meja rundingan mengenai isu ekonomi.

“Kedua-dua negara seharusnya melaksanak­an cara yang lebih membina untuk menyelesai­kan isu ekonomi dan dagangan dengan cara bersama melalui membuka pasaran kepada satu sama lain dan menjadikan ruang kerjasama lebih besar,” Xinhua memetik Xi sebagai berkata. — AFP

 ??  ?? XI (kiri) dan Trump. — Gambar Reuters
XI (kiri) dan Trump. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia