Utusan Borneo (Sabah)

Bursa saham Indonesia bertafakur untuk lebih 70 mangsa tercedera

-

JAKARTA: Bursa saham Indonesia telah mengadakan satu masa bertafakur ketika permulaan dagangan semalam untuk lebih 70 orang yang tercedera ketika satu bahagian lantai mezanin di dalam bangunan tersebut tiba-tiba runtuh.

Tiada kematian telah dilaporkan akibat runtuhan itu kelmarin namun beberapa orang, ramai pelajar universiti yang melawat Bursa Saham Indonesia (IDX), telah menerima rawatan di hospital.

Pegawai bursa menyatakan bahagian lain dalam kompleks bangunan telah beroperasi seperti biasa.

“Struktur utama, bangunan ini tidak mengalami sebarang masalah,” kata Samsul Hidayat, seorang pengarah di IDX. “Kami telah menghalang tingkat mezanin tersebut.”

Bangunan tinggi, dibina pada lewat 1990, merupakan sebahagian dari sebuah kompleks dua menara di tengah daerah kewangan Jakarta dan menempatka­n beberapa buah pejabat termasuk Bank Dunia.

Ia adalah sasaran bagi satu pengeboman kereta oleh militan Islamis pada September 2000. Pihak polis telah menolak sebiji bom sebagai punca keruntuhan kelmarin.

Menara kedua telah dibuka semula bagi urusniaga semalam, dengan sebahagian daripada tingkat yang masih ada telah disokong oleh bahagian sementara. Beberapa pekerja berasa takut untuk pergi bekerja “Saya sangat bimbang. Saya bekerja di bawah jambatan,” kata Nur Septi Febrianand­a, seorang penyambut tetamu, merujuk kepada bahagian lain tingkat mezanin yang sama telah runtuh.

Pasukan forensik polis telah menggeleda­h melalui runtuhan bagi petunjuk kenapa laluan tersebut, yang memandang ke arah lobi utama, roboh tanpa amaran, menurut jurucakap polis Jakarta Argo Yuwono. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia