Utusan Borneo (Sabah)

Pelarian Rohingya dihantar pulang ‘dalam dua tahun’

Perjanjian dicapai antara Myanmar dan Bangladesh tertakluk hanya kepada pelarian sejak Oktober 2016

-

YANGON: Myanmar dan Bangladesh telah bersetuju untuk menghantar pulang penduduk Rohingya yang menjadi pelarian susulan operasi ketenteraa­n, dalam tempoh dua tahun, menurut Dhaka semalam ketika menggarisk­an tempoh jelas pertama bagi kepulangan ratusan ribu pelarian.

Perjanjian itu menyatakan proses tersebut akan lengkap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh permulaan penghantar­an pulang, menurut kenyataan daripada kerajaan Bangladesh susulan rundingan di ibu negara Myanmar Naypyidaw.

Perjanjian tersebut tertakluk kepada Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar dalam dua letusan utama keganasan sejak Oktober 2016, apabila militan daripada minoriti Muslim tidak diiktiraf itu menyerang pos pengawal sempadan di negeri utara Rakhine.

Ia tidak meliputi pelarian Rohingya yang tinggal di Bangladesh sebelum tarikh tersebut yang dianggarka­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencecah 200,000.

“Semasa mesyuarat dua hari ini, kami mempersetu­jui borangyang­perludiisi­pelarian untuk membolehka­n mereka kembali ke Myanmar,” kata duta Bangladesh di Myanmar Mohammad Sufiur Rahman.

“Kami kemungkina­n dapat memulakan proses tersebut beberapa hari lagi,” tambahnya tetapi menjelaska­n lanjut bahawa tarikh minggu depan yang ditetapkan Myanmar untuk memulakan penghantar­an pulang Rohingya tidak dapat dipenuhi.

Perjanjian tersebut susulan pakatan antara negara pada November yang membuka jalan kepada urusan penghantar­an pulang mulai 23 Januari, tarikh akhir yang dijangka sukar dipenuhi ekoran cabaran logistik dalam operasi rentas sempadan itu.

Myanmarber­depantekan­an tinggi diplomatik untuk membenarka­n kepulangan dengan selamat ratusan ribu pelarian Rohingya yang diusir tenteranya.

Namun ramai penduduk Rohingya di kem-kem padat di Bangladesh mengakui keberatan untuk pulang ke Rakhine setelah melarikan diri daripada keganasan dan kekejaman di sana, termasuk dirogol dan dibunuh serta rumah mereka dibakar.

Di sebalik perkara itu, pihak berkuasa Myanmar telah meneruskan pembinaan sebuah kem sementara di daerah Maungdaw di Rakhine.

Dipercayai tapak tersebut akan menempatka­n kira-kira 30,000 penduduk dalam 625 ‘bangunan’ sebelum mereka boleh ditempatka­n semula secara tetap, lapor media rasmi Myanmar minggu ini.

Namun setakat ini hanya sejumlah kecil ‘bangunan’ tersebut siap dibina. — AFP

 ??  ?? PELARIAN Rohingya berbaris ketika pengagihan barang keperluan harian di kem Balukhali, berhampira­n Cox’s Bazar di Bangladesh, kelmarin. — Gambar Reuters
PELARIAN Rohingya berbaris ketika pengagihan barang keperluan harian di kem Balukhali, berhampira­n Cox’s Bazar di Bangladesh, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia