Utusan Borneo (Sabah)

Audit forensik, siasatan polis diteruskan

Isu tanah milik Felda di Jalan Semarak

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menegaskan audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n(Felda)diJalan Semarak, di sini akan tetap diteruskan walaupun Felda telah mendapat kembali hak milik tanah itu.

“Alhamdulil­lah, tanah Jalan Semarak FELDA telah dikembalik­an tanpa sebarang kos. Walaupun begitu, saya tegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis akan tetap diteruskan,” kata perdana menteri di laman Twitternya, Selasa.

Pada Isnin, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mengesahka­n Felda telah mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos.

Pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah, yang melibatkan empat transaksi jual beli dilakukan pada Disember 2015 dan November 2016, diperoleh menerusi perjanjian persefaham­an yang ditandatan­gani antara Felda dan SPSB di ibu pejabat Felda.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarka­n bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya. Bernama

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia