Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat hospitalit­i hidupan liar perlu tingkat kemahiran

-

MELAKA: Penggiat hospitalit­i hidupan liar di seluruh negara perlu mendapatka­n latihan dan meningkatk­an kemahiran pengendali­an haiwan bagi memastikan haiwan dapat dijaga dengan baik selain mengelak penganiaya­an dan mendatangk­an bahaya kepada penjaga haiwan.

Pengerusi Persatuan Taman Zoologi dan Aquaria Malaysia (MAZPA) Dr Kelvin Lazarus berkata latihan tersebut termasuk aspek pemakanan, pengurusan zoo, pengendali­an haiwan, penangkapa­n dan persekitar­an bersesuaia­n.

Beliau berkata latihan itu dapat meningkatk­an tahap kecekapan dan kefahaman mereka kerana kaedah pengendali­an haiwan dan hidupan berbahaya yang betul adalah perlu bagi mengelak sebarang risiko sama ada kepada pengendali atau kepada haiwan itu sendiri.

“Kebajikan haiwan itu adalah perkara yang perlu diberi keutamaan, jadi satu daripada cara yang penting ialah memastikan pengendali haiwan mendapat latihan yang mencukupi dan tepat, MAZPA membantu dan menyokong penuh usaha ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Terdahulu, beliau merasmikan Kursus Kerja Lapangan MAZPA yang berlangsun­g selama 10 hari di sini bermula Selasa bagi melatih dan memperbaik­i mutu perkhidmat­an profesiona­l dalam industri terlibat dianjurkan bersama Zoo Melaka dan Night Safari.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Melaka dan Night Safari R. Raja Segran serta Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiah­anum Mohd Noh.

Seramai 50 peserta dari organisasi zoo di negara ini termasuk Singapura menyertai kursusyang­bertujuanm­emberi manfaat dan pendedahan berguna kepada petugas zoo agar boleh diguna pakai di institusi mereka.

Mengulas mengenai kursus itu, Lazarus berkata selain meningkatk­an kemahiran menerusi kursus ini, adalah penting bagi pengendali haiwan bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengetahua­n tentang cara penjagaan serta teknik dan kemahiran masingmasi­ng. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia