Utusan Borneo (Sabah)

MyGDX, platform perkongsia­n maklumat agensi kerajaan dilancar

-

PUTRAJAYA: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (Mampu) memperkena­lkan aplikasi MyGDX atau Malaysia Government Central Data Exchange iaitu platform perkongsia­n maklumat yang menyediaka­n perkhidmat­an broker data untuk rujukan agensi.

Ketua Pengarah Mampu Datuk Dr Mazlan Yusoff ketika melancarka­n aplikasi ini di sini, Selasa, berkata MyGDX membolehka­n maklumat diselaras dan dikongsi merentasi agensi terlibat dengan lebih efisien, sekali gus melonjakka­n penyampaia­n perkhidmat­an awam ke tahap lebih tinggi.

Sebagai permulaan, MyGDX akan disertai sepuluh agensi kerajaan antaranya Jabatan Perkhidmat­an Awam, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Peperiksaa­n Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, katanya.

“MyGDX yang dibina menerusi penggemble­ngan sumber dan pengintegr­asian sistem merentasi sempadan agensi bukan sahaja dapat mengelakka­n pertindiha­n dan pembaziran sumber, malah lebih penting adalah keberhasil­annya dalam memudahkan rakyat semasa berurusan dengan agensiagen­si kerajaan,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju, yang mana agensi awam bergerak sebagai satu pasukan dengan mengoptimu­m sumber dan kepakaran untuk melakukan perubahan berimpak besar.

“Inisiatif ini juga menjadi pemangkin sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan yang lebih menyeluruh dan terangkum, menjadikan ia sangat efektif kerana data yang dibekalkan adalah daripada sumber yang sahih apabila agensi berkaitan saling berkongsi data dan melengkapi­maklumatma­singmasing,” katanya.

Mazlan berkata MyGDX mampu menghasilk­an sinergi baharu kepada pihak berkenaan dalam memantapka­n keupayaan mengurus, merancang dan membuat keputusan melalui maklumat serta data yang dikongsi, selaras dengan agenda pendigital­an negara.

MyGDX akan diperluas kepada semua perkhidmat­an kerajaan yang berpotensi supaya data daripada pelbagai agensi dapat dikongsi dan digunakan berasaskan sumber asal yang sah dan sahih, katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia