Utusan Borneo (Sabah)

FINAS, Karyawan akan terus bantu Ooi Eow Jin

-

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan terus menghulurk­an bantuan kepada Datuk Ooi Eow Jin bagi meringanka­n beban beliau.

Penggubah dan pencipta lagu tersohor berusia 80 tahun itu, yang disahkan menghidap Alzheimer pada 2015, kini menjalani kehidupan dengan dijaga isterinya, Datin Elaine Khaw.

Di samping mengurus kehidupan Ooi, Khaw juga menjual biskut bagi menyara suami dan anak lelaki mereka, Raymond, 54, yang menghidap tumor otak sejak berusia 14 tahun.

Sepanjang mengabdika­n diri dalam bidang muzik selama empat dekad bermula pada 1960-an, Ooi pernah berganding bahu dengan penghibur terkenal seperti Tan Sri P. Ramlee, Datuk Sudirman Hj Arshad, Datin Rafeah Buang, Datuk M. Nasir, Salamiah Hassan, Francis Yip dan kumpulan Alleycats.

Ketua Pengarah FINAS Datuk Fauzi Ayob melahirkan keprihatin­an beliau tentang keadaan kesihatan Ooi ketika melawat pemuzik terkenal itu.

Fauzi berkata memandangk­an sumbangan Ooi kepada industri muzik negara ini tidak ternilai harganya, FINAS akan terus membantu beliau.

“Beliau merupakan seorang insan yang telah banyak menyumbang dalam pembanguna­n industri muzik negara, FINAS dan Karyawan akan terus membantu beliau, sedih melihatnya sekarang,” kata Fauzi kepada Bernama ketika ditemui di rumah Ooi di Taman SEA, di sini.

Semasa lawatan itu, Fauzi menyampaik­an sumbangan FINAS kepada Ooi.

Sementara itu, presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez, yang turut hadir, menyifatka­n Ooi sebagai legenda dalam industri muzik tanah air.

Freddie berkata beliau sedih apabila melihat keadaan Ooi, kawan lama beliau semasa di RTM dulu, yang kini tidak lagi mampu mengenalin­ya.

“Kami mendapat tawaran daripada sebuah rumah penjagaan untuk memberi perkhidmat­annya secara percuma kepada Ooi dan anak lelakinya.

“Kita tidak seharusnya melupakan jasa pemuzik lama yang telah mencorakka­n industri muzik kita,” katanya.

Beliau berkata Karyawan, sebuah NGO yang menjaga kebajikan artis di Malaysia, telah mengumpul sumbangan RM50,000 untuk membantu Ooi melalui satu konsert amal pada 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Fauzi menyampaik­an sumbangan kepada Ooi ketika membuat lawatan ke rumah penggubah dan pencipta lagu tersohor berusia 80 tahun itu semalam. Turut kelihatan Freddie (dua kanan) dan Seniwati Negara Datuk Sarimah Ahmad (kiri sekali).
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Fauzi menyampaik­an sumbangan kepada Ooi ketika membuat lawatan ke rumah penggubah dan pencipta lagu tersohor berusia 80 tahun itu semalam. Turut kelihatan Freddie (dua kanan) dan Seniwati Negara Datuk Sarimah Ahmad (kiri sekali).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia