Utusan Borneo (Sabah)

Seniman sedia bantu Farid Kamil

-

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) sedia membantu pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari dalam pelbagai aspek termasuk khidmat kaunseling sekiranya diperlukan.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata persatuan turut memohon semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi berikutan penahanan pelakon itu berhubung kes menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam, Khamis lepas.

“Orang ramai harus beri ruang pihak berkuasa untuk menjalanka­n siasatan tanpa sebarang gangguan. Kita juga harus menghormat­i serta memberi sedikit ruang buat keluarga Farid untuk menyelesai­kan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Jumaat lepas, Farid yang diwakili Peguam Athari Bahardin ditahan reman empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Perintah reman terhadap Farid dilanjut sehari lagi pada Isnin.

Sementara itu menurut Hafiz, Seniman akan melakukan siasatan terperinci berkenaan dakwaan pelbagai masalah dihadapi artis di set penggambar­an misalnya waktu bekerja lebih masa dan layanan tidak setimpal pihak produksi.

Menurutnya Seniman juga akan menyiapkan satu garis panduan berkaitan bidang tugas artis sebagai usaha meningkatk­an tahap profesiona­l mereka mengikut hak-hak sebagai seorang pekerja di dalam industri kreatif negara.

“Dalam sedikit masa lagi Seniman akan umumkan berkenaan garis panduan itu, dan kami berharap ia dapat diguna pakai oleh semua syarikat pro-duksi dan pihak yang menjalanka­n sebarang aktiviti berkaitan industri kreatif di negara ini,” tambahnya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia