Utusan Borneo (Sabah)

DBOS mula beroperasi

Sedang menilai beberapa permohonan pinjaman bagi tujuan pembanguna­n di S’wak

-

KUCHING: Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) sedang menilai beberapa permohonan pinjaman daripada agensi atau syarikat berkaitan kerajaan bagi tujuan projek pembanguna­n di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, DBOS memulakan operasi komersilny­a secara rasmi pada Isnin di pejabatnya yang terletak di Tingkat 2, Menara SEDC, Ithmus di sini.

“DBOS menerima banyak permohonan pinjaman tetapi semua permohonan adalah daripada agensi atau syarikat berkaitan kerajaan yang kini dalam penilaian.

“Jumlah pinjaman adalah bergantung kepada deposit yang kita ada dalam bank dan projek yang hendak dibangunka­n oleh peminjam.

“Tetapi projek itu haruslah yang mempunyai nilai komersial serta berpotensi menjana keuntungan kepada kedua-dua pihak,” katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat pembukaan rasmi pejabat DBOS pada Isnin.

Pada majlis itu, Abang Johari turut memperkena­lkan logo rasmi DBOS diikuti pelancaran laman web rasmi dbos.gov.my.

Tambah Abang Johari dengan bermulanya operasi DBOS, bank milik sepenuhnya Sarawak ini akan dapat mengambil deposit daripada kerajaan negeri dan daripada syarikat berkaitan kerajaan pada masa akan datang.

Lebihpenti­ngdenganad­anya bank ini, ia akan membolehka­n Sarawak membiayai sendiri projek berpotensi seperti metanol tanpa kesulitan dari segi mendapatka­n pinjaman.

Antara projek yang dibiayai oleh bank ini ialah projek infrastruk­tur asas termasuk yang berkaitan dengan internet dan sebahagian daripada projek melibatkan sistem pengangkut­an.

DBOS juga akan menyediaka­n pembiayaan bagi projek-projek pembanguna­n dalam sektor tenaga diperbahar­ui, industri minyak dan gas, penjagaan kesihatan dan pertanian moden.

DBOS ditubuhkan pada 11 Mei 2017 dan memulakan operasi komersialn­ya semalam dengan modal berbayar sehingga RM500 juta.

Turut hadir menyaksika­n perasmian pejabat DBOS semalam, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol.

Pengerusi DBOS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif DBOS Sim Kheng Boon turut hadir bersama lembaga pengarah yang lain iaitu Datu Laura Lee Ngien Hion, Datuk Sharkawi Alis, Christophe­r Adrian dan Ho Swee Huat.

“DBOS menerima banyak permohonan pinjaman tetapi semua permohonan adalah daripada agensi atau syarikat berkaitan kerajaan yang kini dalam penilaian. Jumlah pinjaman adalah bergantung kepada deposit yang kita ada dalam bank dan projek yang peminjam.” hendak dibangunka­n oleh DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari memperkena­lkan logo DBOS ketika pembukaan rasmi pejabat bank berkenaan di Tingkat 2, Menara SEDC, Ithmus di Kuching.
ABANG Johari memperkena­lkan logo DBOS ketika pembukaan rasmi pejabat bank berkenaan di Tingkat 2, Menara SEDC, Ithmus di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia