Utusan Borneo (Sabah)

PCML Ltd, Hubline Berhad jalin kerjasama pengedaran produk petroleum

-

KUCHING: Petronas Chemicals Marketing Labuan (PCML) Ltd dan Hubline Berhad kini menjalin kerjasama logistik untuk pengedaran produk petroleum di rantau ini menerusi Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani pada Isnin.

Pengerusi Hubline Berhad Ibrahim Baki berkata kerjasama itu secara tidak langsung menandakan pencapaian penting bagi syarikat logistik perkapalan yang berpangkal­an di Sarawak itu, yang mempunyai 25 kapal tunda dan tongkang, yang digunakan sepenuhnya untuk pasaran cecair kimia dan pukal kering di Asia Tenggara.

Laluannya meliputi pelabuhan di Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura dan Filipina serta mengangkut kargo seperti arang batu, pasir, kayu, besi dan sebagainya di rantau ini.

“Sebagai permulaan, kami bekerjasam­a dengan Petronas untuk menyediaka­n perkhidmat­an logistik bagi pukal kering dan kemudian mungkin beralih kepada pengangkut­an produk cecair Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani MoU yang disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Isnin.

Dengan kerjasama PCML yang merupakan pengusaha produk petroleum antarabang­sa yang berpengala­man, beliau berkata Hubline berharap dapat mengembang­kan laluan perdaganga­nnya ke Australia, New Zealand dan China, di mana produk Petronas seperti urea turut dibekalkan.

“Kami sedang berusaha ke arah itu dan diharapkan dalam tempoh lima tahun akan datang, akan ada perkhidmat­an sokongan penghantar­an utama untuk Petronas-Hubline,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata sebagai sebuah syarikat tersenarai awam, Hubline juga berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatk­an peluang-peluang sedia ada dan mencari peluang baharu termasuk dalam loji metana yang dicadangka­n di Bintulu, yang dijangka siap pada 2021.

“Hubline berharap dapat menjamin kontrak berkaitan dengan penyediaan perkhidmat­an logistik apabila kilang itu memulakan pengeluara­n dalam masa empat tahun,” katanya.

Terdahulu, Ibrahim dan Naib Pengerusi Hubline Datuk Richard Wee menandatan­gani MoU bagi pihak Hubline manakala PCML diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Shamsairi Mohd Ibrahim dan Ketua Pembekalan dan Pengedaran Normah Basri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia