Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak dan Petronas kukuhkan komitmen kerjasama

-

KUCHING: Sarawak dan Petronas mengukuhka­n lagi komitmen kerjasama berterusan dalam pembanguna­n minyak dan gas, apabila kerajaan negeri bersetuju memperoleh ekuiti 10 peratus dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB) yang memiliki tren pengeluara­n gas cecair asli (LNG) kesembilan di Bintulu.

Dengan persetujua­n terbaharu itu, kerajaan negeri kini mempunyai kepentinga­n dalam keempat-empat aset LNG dalam Kompleks Petronas LNG di Bintulu.

Sarawak sudah memiliki kepentinga­n lima peratus dalam LNG 1 Sdn Bhd dan kepentinga­n 10 peratus masing-masing dalam LNG 2 Sdn Bhd dan LNG 3 Sdn Bhd.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, perkembang­an itu merupakan sebahagian daripada kejayaan rundingan antara kerajaan negeri dan Petronas.

“Ini adalah salah satu langkah kita untuk bekerjasam­a dengan Petronas dan kita amat berterima kasih kepada Petronas kerana telah mengambil kira kepentinga­n kita untuk mengambil bahagian dalam kegiatan hiliran di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n upacara

ABANG Johari (tengah) bersama yang lain menyaksika­n Ahmad Tarmizi (tiga kanan) dan Firouz bertukar dokumen yang ditandatan­gani.

menandatan­gani dokumen bagi persetujua­n tersebut di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, pada Isnin.

Persetujua­n untuk penyertaan ekuiti kerajaan negeri itu ditandatan­gani antara Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS) Dato Sri Ahmad Tarmizi Sulaiman dengan Petronas yang diwakili Naib Presiden Kanan Strategi Korporat M Firouz Asnan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Abang Johari menambah, perolehan ekuiti dalam PL9SB turut mengukuhka­n lagi hubungan korporat sekian lama di antara kerajaan negeri dan Petronas, khususnya dalam usaha membangun dan menambah nilai kepada sumber hidrokarbo­n di pesisiran pantai Sarawak.

“Kerjasama dalam PL9SB menggarisk­an komitmen kedua-dua pihak kepada kolaborati­f berterusan dalam pembanguna­n minyak dan gas di Sarawak, selain sebarang bentuk kerjasama lain yang akan memberi manfaat kepada negeri ini dan Petronas,” katanya.

Dengan kapasiti pengeluara­n 3.6 juta tan setahun (MTPA), Tren 9 memulakan operasi komersil pada Januari 2017 dan meningkatk­an kapasitiou­tputkeselu­ruhanKompl­eks Petronas LNG kepada 30 MTPA.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia