Utusan Borneo (Sabah)

Sarang burung Malaysia akan kuasai pasaran China

-

MUKAH: Malaysia berpotensi menjadi pengekspor­t utama sarang burung walit ke China sedikit masa lagi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, proses perundinga­n antara kedua-dua negara kini memasuki peringkat terakhir.

“Perbincang­an antara Malaysia dan China mengenai sarang burung walit telah masuk ke peringkat akhir dan kita harap dalam beberapa bulan lagi ia akan menjadi kenyataan,” katanya pada sidang media di Kingwood Resort Mukah pada Isnin.

Terdahulu, Shabery sempat melawat beberapa premis sarang burung walit serta tempat pengumpula­n dan pemprosesa­nnya.

Malaysia menurutnya, mengekspor­t 60 tan sarang burung walit setahun tetapi mempunyai daya pengeluara­n 400 tan setahun.

Keadaan ini katanya, berpunca daripada jalan eksport kurang cekap yang amat merugikan para pengusaha.

“Banyak dieksport ke negara seperti Hong Kong, Vietnam dan negara-negara lain, tetapi akhirnya produk sarang burung ini ke China juga,” jelasnya.

Beliau percaya melalui kejayaan perbincang­an itu nanti, para pengusaha akan mendapat harga lebih stabil dan berpatutan.

Mengenai masalah para pengusaha yangmerung­utberkaita­nkeskecuri­an sarang burung walit di mana pesalah hanya dikenakan hukuman ringan, beliau akan mengkaji peraturan dan undang-undang akta kebajikan haiwan.

“Kita akan kaji akta berkenaan dan jika cukup bukti perbuatan mencuri itu melibatkan penganiaya­an haiwan, maka tindakan berat akan dikenakan,” jelasnya.

Turut serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Datuk Mohd Salehhuddi­n Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Pembanguna­n Badrul Hisham Mohd, Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian Yussibnosh Balo.

 ??  ?? SHABERY (dua, kanan) meninjau premis sarang burung walit dalam bangunan komersil.
SHABERY (dua, kanan) meninjau premis sarang burung walit dalam bangunan komersil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia