Utusan Borneo (Sabah)

15,000 unit rumah PPA1M

Bakal dibina di Sabah untuk penjawat awam miliki kediaman

-

TAWAU: Sebanyak 15 ribu unit rumah bakal dibina di Sabah menerusi Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Setakat ini, sudah terbina sebanyak 8000 unit dan ini adalah peluang luas yang harus di ambil oleh penjawat awam untuk membeli rumah di bawah skim tersebut.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Haji Nizam Titingan berkata, sebanyak 203 lagi unit rumah bakal dibina di Tawau menerusi skim itu, terletak di Batu 8 Tawau.

“Setakat ini, rancangan kerajaan akan membina 200 ribu unit rumah di seluruh negara,” katanya.

Menurut beliau, PPA1M merupakan idea dan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu penjawat awam di seluruh negara untuk memiliki rumah sendiri.

Katanya menerusi PPA1M membuktika­n keprihatin­an kerajaan yang terus memberi bantuan dan kemudahan kepada seluruh lapisan masyarakat, lebihlebih lagi kepada penjawat awam sama ada lantikan tetap atau kontrak dan juga bagi penjawat awam yang sudah bersara untuk memiliki rumah sendiri.

“Peluang yang terbuka luas ini harus kita ambil dan kita harus berterima kasih kepada kepimpinan negara kita kerana kepedulian kerajaan pada hari ini tanpa mengira lapisan masyarakat, semua pun diberi bantuan dan kemudahan,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Tawau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Hari Pendaftara­n Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di sini.

Tambahnya, dengan adanya skim itu, ia sekaligus dapat mewujudkan jalinan persahabat­an, persaudara­an dan perpaduan berbilang kaum dalam kalangan penjawat awam yang ada di negara kita kerana tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Dalam pada itu, rata-rata bakal pembeli melahirkan rasa terima kasih dengan adanya skim berkenaan.

“PPA1M merupakan idea dan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu penjawat awam di seluruh negara untuk memiliki rumah sendiri. ” DATUK HAJI NIZAM TITINGAN

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah

 ??  ?? NIZAM semasa sidang media selepas merasmikan program itu.
NIZAM semasa sidang media selepas merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia