Utusan Borneo (Sabah)

Kopel catat sejarah, lantik Saddi jadi penaung

-

SANDAKAN: Koperasi Pelanconga­n Batu Putih (Kopel) Bhd di sini mencatatka­n sejarah apabila selepas 15 tahun ditubuhkan mempersetu­jui pelantikan wakil rakyat kawasan ini sebagai penaungnya ke arah misi sebagai pusat eko-pelanconga­n terus gagah di merata Asia.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Kopel Abd Sani Haji Nasri dalam kunjungan hormat badan itu ke atas Saddi di Pejabat PPM Sukau di sini pada Jumaat.

Katanya, Saddi yang juga pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) turut dilantik selaku penasihat korporat kepada badan itu yang beroperasi di Kampung Menggaris, Batu Putih, kirakira 140 batu dari pusat bandar.

Menurut beliau pelantikan itu amat tepat berikutan peranan dan komitmen tinggi Saddi dalam memperjuan­gkan soal pembanguna­n ekonomi rakyat di kawasan Sukau, selain pengetahua­n luas beliau terhadap sektor koperasi dan bidang pelanconga­n.

“Peluang melantik beliau ini telah kami sasarkan dan tunggu-tunggu. Kami berterima kasih wakil rakyat ini memberi respon positif ke atas usul kami,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pengerusi M Juhari Kadir, Adnan Joseph (Bendahari), Abdullah Abdulajit (Timbalan Setiausaha), Kamarul Haji Ahdah (Timbalan Bandahari), Sabran Adari (ALK) dan Polley Mohd (ALK). Turut hadir ialah PPM Sukau Amirudin Mohd Damit, CDO Dasran Haji Dahalan dan Ketua Anak Negeri (KAN) Awang Ahmad Hj Ongkang.

Kopel yang ditubuhkan pada awal tahun 2000 kini mempunyai lebih 300 ahli, membariska­n kepimpinan muka baharu selepas mengadakan pemilihan dalam AGM badan itu baru-baru ini.

Selain berkecimpu­ng dalam bidang eko pelanconga­n di beberapa kawasan berhampira­n di Batu Putih, Kopel turut membabitka­n diri dalam bidang perlindung­an, penyelidik­an dan pendidikan mengenai hutan, flora dan fauna, selain berkaitan hidupan liar khususnya perlindung­an dan pembiakan gajah di Sukau.

Institut Penyelidik­an Hutan Danau Girang di sini yang turut menempatka­n kehadiran pelajar dari universiti di Eropah dalam bidang itu di peringkat PHD, juga merupakan sebahagian daripada cabang Kopel yang diusahakan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Sabah.

Tumpuan dan pembabitan itu amat sesuai dengan visi dan misi pembanguna­n alam sekitar dan hidupan liar di kawasan DUN Sukau yang turut dicetuskan Saddi, yang terkandung dalam Pelan Induk Pembanguna­n Sukau sebagai sebahagian daripada misi jangka panjang pembanguna­n di kawasan itu bagi 20082020.

Saddi ketika memberi reaksi terhadap kunjungan hormat itu, menghargai pelantikan berkenaan yang berhasrat memantapka­n keseluruha­n pentadbira­n dan kepimpinan Kopel secara pakej, demi niat menjadikan badan itu sebagai imej dan warisan terhadap pencapaian golongan muda serta badan koperasi berasaskan pelanconga­n di Sukau.

“Kita mahu meletakkan Kopel sebagai ‘trending’ kepada bidang pendidikan keusahawan­an dan perniagaan dalam kalangan benerasi muda Sukau. Selain melatih mereka, kita berharap Kopel juga mampu memperkena­lkan Sukau ke mata dunia dalam sektor eko-pelanconga­n, malah soal pendidikan dan perlindung­an hutan, flora dan fauna serta hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Jika ia mampu memberikan keuntungan dan memantapka­n ekonomi penduduk, kita sedia memperbesa­r dan memperkasa­kan saiznya mengikut keperluan,” katanya.

 ??  ?? SADDI menerima surat pelantikan daripada Pengerusi Kopel Bhd, Abd Sani Nasir.
SADDI menerima surat pelantikan daripada Pengerusi Kopel Bhd, Abd Sani Nasir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia