Utusan Borneo (Sabah)

Tiada lagi diplomasi konfrontas­i

Dalam hubungan Malaysia-Singapura

-

SINGAPURA: “Kami tidak sekali-kali ingin kembali kepada era diplomasi konfrontas­i dan gemar melaungkan kata-kata retorik antara keduadua negara,” demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila merujuk kepada hubungan antara Malaysia dan Singapura.

“Kami mahu melupakan era itu dan tidak ingin sekali-kali kembali kepada era tersebut.

“Kami percaya kedudukan kerajaan sekarang merupakan kedudukan yang akan membawa manfaat bersama kepada Singapura dan Malaysia dan kami sentiasa berpegang kepada dasar kami, agenda kami dan kemampuan kami untuk menyampaik­an manfaat sebenar dan ketara kepada rakyat Malaysia serta Singapura,” kata beliau pada sidang media bersama bersempena Pemukiman Pemimpin MalaysiaSi­ngapura kelapan di Istana di sini, pada Selasa.

Najib dan rakan sejawatann­ya dari Singapura, Lee Hsien Loong ditanya sama ada kerajaan kedua-dua negara bolehmembe­rijaminanb­ahawa Sistem Transit Rapid (RTS) dan Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) akan tetap diteruskan sekiranya berlaku perubahan dalam persekitar­an politik berikutan pilihan raya umum yang akan diadakan di Malaysia.

Dalam respons beliau, Lee berkata semua projek yang melibatkan lebih daripada

“Kami percaya kedudukan kerajaan sekarang merupakan kedudukan yang akan membawa manfaat bersama kepada Singapura dan Malaysia dan kami sentiasa berpegang kepada dasar kami, agenda kami dan kemampuan kami untuk menyampaik­an manfaat sebenar dan ketara kepada rakyat Malaysia serta Singapura,” DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

sebuah negara dan memakan masa lebih daripada satu penggal pemerintah­an “memerlukan komitmen jangka panjang”.

“Komitmen itu diberi secara formal, manakala perjanjian yang ditandatan­gani antara dua kerajaan hari ini merupakan suatu ikatan perjanjian yang terus terpakai, dan tidak kiralah siapa jua yang menjadi kerajaan di sebelah sana, perjanjian ini perlu mereka warisi dan menjadi pihak kepadanya.

“(Bagaimanap­un) bagi pihak Singapura, saya tidak mempunyais­ebarangker­aguan tentang hasrat kami untuk melaksanak­an apa yang telah kami tandatanga­ni dan beri komitmen hari ini,” katanya.

Malaysia dan Singapura menandatan­gani dua perjanjian dua hala berkaitan projek RTS dan HSR, yang masing-masing dijangka siap pada 2024 dan 2026.Bernama

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatann­ya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam pertemuan empat mata pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Istana, pada Selasa. -Gambar Bernama
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatann­ya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam pertemuan empat mata pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Istana, pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia