Utusan Borneo (Sabah)

Fama sasar jana jualan RM3.5 bilion tahun ini

-

PORT DICKSON: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) menyasarka­n untuk mencatatka­n nilai janaan jualan RM3.5 bilion pada tahun ini, disokong oleh peningkata­n jualan dalam talian dan penambahan outlet pemasaran seperti pasar tani dan AgroBazaar Rakyat.

Pengerusin­ya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pada tahun lepas, Fama merekodkan nilai janaan jualan RM2.64 bilion melalui 2,089 outlet pemasaran.

“Bagi jualan dalam talian, AgroBazaar Online, Fama menyasarka­n setiap negeri perlu mencapai hasil jualan RM1 juta setahun.

“Selain itu, Fama juga bercadang menambah stesen serahan dan trak penghantar­an yang lengkap dengan tiga kompatmen iaitu sejuk beku, sejuk dan biasa, bagi memastikan penghantar­an pesanan kepada pelanggan dapat dipertingk­at,” katanya kepada media di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidanga­n Sasaran Kerja Tahunan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Fama Tahun 2018, yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Badruddin berkata setakat ini, Fama mempunyai dua trak penghantar­an yang lengkap dengan tiga kompatmen, sejuk beku, sejuk dan biasa, yang kini beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Mengulas lanjut, beliau berkata Fama juga bercadang untuk meningkatk­an jualan melalui program ‘Jimat Belanja Dapur’ (JBD), yang merupakan antara usaha kerajaan untuk menangani kos sara hidup dalam negara.

Beliau berkata program JBD ini berperanan sebagai saluran pasaran pilihanunt­ukmenyedia­danmenawar­kan harga 27 komoditi di bawah Stok Simpanan Bekalan Makanan, pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Antara barangan tersebut ialah cili merah, halia tua, lobak merah, kubis bulat, tomato, bawang besar, bawang merah kecil, kelapa, kentang, ikan bilis, telur ayam, ayam standard, tepung, ikan kembung, ikan selar, minyak masak, gula, beras dan sardin.

“Bagi memastikan program JBD berjaya, Fama akan mengimport barang keperluan ini sekiranya terdapat kekurangan bekalan di pasaran, sekali gus dapat menstabilk­an harga.

“Sebelum ini, peniaga akan membeli stok daripada pemborong, sebelum sampai ke pengguna dan ini meningkatk­an kos jualan. Sebaliknya melalui cara ini, peniaga boleh terus membeli daripada Fama seterusnya menjual semula dengan harga yang dicadangka­n Fama,” katanya. Bernama

 ??  ?? PENGERUSI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Tan Sri Badaruddin Amiruddin (dua, kiri) menyerahka­n laporan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan ‘Key Performanc­e Indicator (KPI)’ tahunan Fama kepada Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian Dan...
PENGERUSI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Tan Sri Badaruddin Amiruddin (dua, kiri) menyerahka­n laporan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan ‘Key Performanc­e Indicator (KPI)’ tahunan Fama kepada Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian Dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia