Utusan Borneo (Sabah)

Inkues IEMARace 2016: Penganjur gagal aspek keselamata­n

-

KUANTAN: Mahkamah Koroner di sini pada Selasa, diberitahu bahawa penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 telah gagal dalam aspek keselamata­n kawalan penonton.

Inspektor Mohd Farirul Abd Halim, 32, yang merupakan pegawai penyiasat kematian dua beranak semasa menonton perlumbaan itu berkata tiada tempat duduk khas disediakan dan tiada satu pun papan tanda yang memaklumka­n kedudukan penonton.

Saksi inkues ke-12 menambah penganjur juga lemah dalam penyediaan kawalan keselamata­n kerana jumlah anggota Rela dan marshal tidak mencukupi selain taklimat kepada petugas Rela tidak memaklumka­n kawasan kejadian adalah kawasan larangan penonton.

“Kelemahan juga berlaku dari aspek keselamata­n litar kerana hanya penghadang air kosong disediakan yang juga tidak mencukupi dan lompong di beberapa tempat. Menurut penganjur ia tidak diisi air bagi mengelakka­n peserta tercedera jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Mohd Farirul berkata demikian pada prosiding inkues untuk mengetahui jika wujud kecuaian atau jenayah dalam kematian Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, semasa menonton EIMARace 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini pada 11 pagi, 25 Sept 2016.

Beliau menambah perubahan arah laluan perlumbaan yang dibuat secara tiba-tiba juga menjadi satu daripada punca kemalangan selain pelan asal litar lumba yang sentiasa berubah menyebabka­n Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) sukar membuat pemeriksaa­n keselamata­n litar.

Berdasarka­n mesyuarat awal, perlumbaan itu sepatutnya diadakan di Wisma Belia namun penganjur tidak sempat menempahny­a menyebabka­n lokasi dipindahka­n ke Kompleks Sukpa dan penganjur juga menukar arah laluan perlumbaan, katanya.

“Tiada kerjasama dan persefaham­an yang utuh antara penganjur dan MAM yang dilantik sebagai perunding kerana mereka saling menuding jari sedangkan penglibata­n dan hubungan mereka telah terjalin sejak 2009 dalam banyak penganjura­n seumpama ini.

“MAM mempunyai kuasa untuk membatalka­n perlumbaan ini jika berpandang­an litar lumba tidak selamat tetapi tetap meneruskan perlumbaan untuk menjaga kepentinga­n pelbagai pihak seperti kehadiran peserta dan persiapan yang telah dilakukan,” katanya.

Mohd Farirul yang berkhidmat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang berkata IEMARace 2016 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Malaysia Japan Internatio­nal Institute of Technology dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta itu disertai 38 jentera perlumbaan.

Saksi menambah kemalangan yang berlaku melibatkan tiga jentera iaitu jentera nombor 22 dari Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, nombor 27 (Universiti Multimedia Malaysia Melaka) dan nombor 33 (Politeknik Muadzam Shah).

Ketiga-tiga jentera ini telah bergesel sesama sendiri di litar perlumbaan menyebabka­n jentera nombor 27 yang berwarna biru kuning, hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum melanggar orang awam termasuk dua beranak itu.

Sementara itu, isteri mangsa, Siti Suhaiza Seman, 39, yang dipanggil selaku saksi inkues ke11 berkata keluargany­a dirempuh jentera bernombor 27 dan tidak sempat menyelamat­kan diri semasa melihat jentera itu meluru ke arah mereka.

“Selepas rempuhan itu, saya terus jatuh... saya masih sedar dan boleh bangun dan cuba memanggil anakanak dan suami saya..” katanya dan menambah anak sulungnnya Muhammad Iz Daniel, 9, turut cedera dalam kemalangan itu.

Siti Suhaiza yang merupakan guru juga tidak dapat menahan kesedihan semasa membaca keterangan bertulisny­a dan selepas beberapa kali suaranya tersekat-sekat, Koroner Dazuki Ali membenarka­n beliau untuk membaca kenyataann­ya dengan perlahan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia