Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan persahabat­an mampu pupuk perpaduan

-

PAPAR: Jaringan saat-saat akhir yang dihasilkan oleh Ismail Sikar tidak cukup untuk membantu Pasukan Veteran Kimanis yang tewas tipis 3-4 kepada Pasukan Wirajaya yang dibimbing oleh Mong @ Mustafa dalam perlawanan persahabat­an di Padang Pekan Papar, barubaru ini.

Menurut Ag.Bakar Ag.Ajak selaku Pengurus Pasukan Veteran Kimanis ketika ditemui berkata, beliau memuji semangat yang ditunjukka­n oleh keduadua pasukan sepanjang perlawanan walaupun di kalangan pemain ramai yang sudah berumur 50 hingga 60 tahun ke atas terutama Ismail Sikar yang sudah menjangkau umur 72 tahun, namun masih mampu menunjukka­n skil permainan masing-masing.

Katanya, perlawanan per- sahabatan ini adalah sebagai memartabat­kan lagi sukan bolasepak khususnya di peringkat veteran selain ianya mampu memupuk semangat setiakawan di kalangan pemain serta masyarakat setempat.

Sehubungan itu Mong berkata, kalah dan menang bukanlah ukuran namun natijahnya kita dapat samasama menjalin silaturahi­m dan secara tidak langsung mampu menjadikan warga veteran sihat sepanjang masa.

Katanya, aktiviti seumpama ini juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang yang secara tidak langsung mampu memberi kesihatan dan dapat mengisi masa lapang yang berfaedah.

Dalam perlawanan tersebut, gol-gol Kelab Wirajaya dijaringka­n oleh Imam Saidi, Sidik Moksin, Abd. Wahid dan Mong.

Manakala jaringan gol bagi Pasukan Veteran Kimanis dihasilkan oleh Mazlan Osman dan Ismail Sikar (2 gol).

Sempena perlawanan persahabat­an itu, Ismail Sikar dianugerah­kan sebagai ‘Pemain Masih Berbisa’ manakala Sidek Moksin dari Kelab

Wirajaya dianugerah­kan sebagai ‘Pemain Tahan Lasak’ dan Mong @ Mustafa sebagai ‘Pemain Paling Rajin’ sepanjang perlawanan.

 ??  ?? (gambar kiri) ISMAIL Sikar (dua kiri) bersama Imam Saidi (kiri) Mazlan, Sidek (dua kanan) dan Ag. Ajak (kanan).
(gambar kiri) ISMAIL Sikar (dua kiri) bersama Imam Saidi (kiri) Mazlan, Sidek (dua kanan) dan Ag. Ajak (kanan).
 ??  ?? PASUKAN Kelab Wirajaya sedang memperagak­an jersi baharu.
PASUKAN Kelab Wirajaya sedang memperagak­an jersi baharu.
 ??  ?? (gambar kanan) ZUL Azman (tengah) merakamkan gambar bersama Buchu dan Mazlan (kiri).
(gambar kanan) ZUL Azman (tengah) merakamkan gambar bersama Buchu dan Mazlan (kiri).
 ??  ?? PEMAIN Kimanis Veteran merakamkan gambar sebelum perlawanan. Kelihatan Ag. Ajak berdiri (lima kanan), dan Mazlan (duduk, kanan).
PEMAIN Kimanis Veteran merakamkan gambar sebelum perlawanan. Kelihatan Ag. Ajak berdiri (lima kanan), dan Mazlan (duduk, kanan).
 ??  ?? PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar bersama Pegawai Perhubunga­n Pejabat Parlimen Papar Sidek Kolo (berdiri, tiga kiri).
PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar bersama Pegawai Perhubunga­n Pejabat Parlimen Papar Sidek Kolo (berdiri, tiga kiri).
 ??  ?? MONG (kanan) dan Dali (kiri) merakamkan gambar bersama pengadil perlawanan terdiri dari Gani (dua kanan), Guntur dan Nijam.
MONG (kanan) dan Dali (kiri) merakamkan gambar bersama pengadil perlawanan terdiri dari Gani (dua kanan), Guntur dan Nijam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia