Utusan Borneo (Sabah)

Hector Omar calon import Sabah

Hadapi Terengganu FC II di Stadium Likas 2 Februari

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Jika semuanya berjalan lancar, pemain kebangsaan Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron dijangka bakal melengkapk­an senarai 30 pemain skuad Sabah musim ini.

Pemain yang akan menyambut ulangtahun kelahiran ke-28 pada 4 Mei itu bermain di posisi serangan, telah bermain 33 kali untuk skuad kebangsaan Puerto Rico dengan rekod 18 jaringan sehingga Ogos tahun lalu.

Pemain berketingg­ian 191cm (6’3”) itu tiba di sini petang Selasa selepas 28 jam penerbanga­n dari negaranya.

Kelab terakhirny­a adalah Puerto Rico FC dalam Liga Bola Sepak Amerika Utara (NASL) di mana beliau telah menjaringk­an 12 gol dalam 40 penampilan pada musim 2016 dan 2017.

Beliau bermain dalam liga sama dengan bekas penyerang import Sabah (2015) dari Ireland dan Libya, Eamon Zayed tetapi Hector berkata tidak ada bercakap dengannya mengenai Sabah.

Ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), Hector berkata, beliau tahu mengenai Sabah menerusi agennya dan selepas berbincang beliau setuju datang dengan harapan dapat menyarung seterusnya membantu Sabah mengharung­i cabaran musim ini.

“Saya harap dapat bermain baik untuk membantu pasukan, dapat buat perubahanu­ntukmenang­dan menjaringk­an gol. Pasukan bawa saya ke sini untuk menjaringk­an gol...saya harap dapat melakukann­ya,” katanya.

Hector yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak berkata, liga NASL berakhir pada November tahun lalu tetapi beliau tetap menjalani latihan bagi mengekalka­n kecergasan dan sedia untuk berlatih dan bermain untuk Sabah.

Sabah sebelum ini telah menyenarai­kan 29 pemain termasuk tiga pemain import luar negara meninggalk­an baki satu kekosongan.

Penyerang import luar negara adalah antara yang diburuSaba­hdenganpas­ukan dibenarkan mendaftar maksima empat import.

Tiga pemain import Sabah adalah pemain yang dikekalkan dari skuad musim lalu iaitu Igor Cerina dari Croatia (pertahanan), Heo Jaenyong (pertahanan/ tengah) dan Lee Gil Hoon (penyerang/penyerang tengah).

Jelius hanya mahu mengulas mengenai calon import terakhir itu selepas melihatnya berlatih besama pasukan.

Sabah akan memulakan cabaran Liga Premier musim ini menentang Terengganu FC II di Stadium Likas pada 2 Februari.

“Saya harap dapat bermain baik untuk membantu pasukan, dapat buat perubahan untuk menang dan menjaringk­an gol. Pasukan bawa saya ke sini untuk menjaringk­an gol...saya harap dapat ” melakukann­ya. HECTOR OMAR RAMOS LEBRON Pemain import baharu Sabah

 ??  ?? HECTOR tiba di LTAKK kelmarin.
HECTOR tiba di LTAKK kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia