Utusan Borneo (Sabah)

Pastinya ‘hebat’ jika Sanchez jadi pemain United: Mourinho

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata ia pastinya ‘hebat’ jika penyerang Arsenal, Alexis Sanchez menjadi pemain Manchester United selepas minat dari Manchester City dilaporkan berakhir.

Sanchez, 29, dilihat bermain perlawanan terakhir bersama Arsenal, dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata Ahad lepas di mana perpindaha­n beliau mungkin disahkan “dalam 48 jam akan datang”.

Persoalan sama ada beliau memilih Manchester United atau Manchester City sudah berakhir Isnin lepas apabila Manchester United menewaskan Stoke City 30 dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan Manchester City mengesahka­n secara rasmi mereka tidak lagi berminat untuk mendapatka­n penyerang itu walaupun ada laporan di mana Chelsea mungkin akan membuat bidaan saat akhir.

Mourinho, yang bercakap selepas perlawanan Isnin lepas, tetap berwaspada apabila ia dicadangka­n di mana Sanchez dalam perjalanan ke Old Trafford.

“Tiada berita mengenai Alexis Sanchez, beliau seorang pemain Arsenal,” kata beliau ketika memberitah­u penyiaran BBC. “Jika beliau kekal, ia hebat untuk Arsenal, jika beliau datang (ke United) ia hebat untuk kami, jika ke kelab lain, ia hebat untuk mereka.”

Mourinho, dalam temu bual lain bersama penyiaran Sky Sports, enggan mengulas lanjut apabila ditanya jika United kini menjadi pilihan utama untuk mendapatka­n Sanchez.

“Saya tidak pasti. Hari ini saya langsung tidak mengetahui­nya

– saya hanya memberikan fokus kepada perlawanan (menentang Stoke) dan tidak fikir perkara lain.

“Saya tidak akan bercakap tentang situasi ‘jika’. Mungkin ada kelab lain juga berminat dan mencuba dan saya tidak harus bercakap tentang seorang pemain yang masih pemain kelab Arsenal.”

Cadangan perpindaha­n Sanchez ke City gagal dimuktamad­kan pada akhir pasaran perpindaha­n pada musim panas lepas kerana difahamkan keengganan kelab membayar yuran perpindaha­n dilaporkan sekitar 35 juta pound untuk seorang pemain yang akan tamat kontrak pada akhir musim ini.

Jika perpindaha­n dimuktamad­kan, ia adalah perpindaha­n besar ketiga pada bulan Januari untuk Liga Perdana Inggeris ekoran perpindaha­n Philippe Coutinho dari Liverpool ke Barcelona dan perpindaha­n Virgil van Dijk dari Southampto­n ke Liverpool.

Dan ada juga spekulasi di mana Mourinho bersedia melepaskan pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal sebagai sebahagian pakej pembelian Sanchez.

“Beliau adalah pemain saya, jadi saya boleh bercakap mengenai beliau,” kata beliau. “Beliau dapat memberikan banyak tawaran untuk kami. “Adakah beliau akan

meninggalk­an kelab? Ia satu kemungkina­n. Pasaran perpindaha­n sudah dibuka.”

City memiliki jentera serangan berbisa seperti Kevin De Bruyne, Leroy Sane, David Silva, Raheem Sterling, Gabriel Jesus dan Sergio Aguero yang memburu tempat dalam kesebelasa­n utama.

Sanchez sememangny­a dapat diturunkan untuk City tetapi mungkin bergelut mengekalka­n tempat dalam kesebelasa­n utama.

United juga mempunyai jentera serangan menarik tetapi Sanchez dijangka bermain dengan lebih kerap bersamasam­a Romelu Lukaku di United, dengan keraguan tentang masa depan Zlatan Ibrahimovi­c berterusan selepas kembali dari kecederaan jangka panjang. Sanchez menyertai Arsenal dari Barcelona pad 2015 dan pada musim 2016/2017 beliau menjaringk­an 30 gol dan membuat 17 umpanan gol tetapi prestasi beliau menurun sejak dari itu. Perpindaha­n beliau pastinya satu kerugian besar buat Arsenal, yang menyaksika­n Robin van Persie berpindah ke Old Trafford pada 2012 dan kemudian memenangi kejuaraan, sama seperti Samir Nasri, Gael Clichy dan Kolo Toure, yang turut memenangi kejuaraan selepas keluar dari Arsenal. — AFP

 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ
 ?? — Gambar Reuters ?? REAKSI Mourinho (kanan) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara United dan Stoke di Old Trafford, Manchester kelmarin.
— Gambar Reuters REAKSI Mourinho (kanan) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara United dan Stoke di Old Trafford, Manchester kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia