Utusan Borneo (Sabah)

Chapron telah digantung ‘sehingga notis lanjut’: FFF

-

PARIS, Perancis: Pengadil yang menendang balas seorang pemain semasa satu perlawanan Ligue 1 Perancis dan kemudian menyingkir­kan pemain yang menjatuhka­nnya secara tidak sengaja, telah digantung “sehingga notis lanjut”, menurut Persekutua­n Bola Sepak Perancis (FFF) Isnin lepas.

Tony Chapron dilihat menendang balas ke kaki pemain Nantes, Diego Carlos pada akhir perlawanan menentang Paris Saint Germain (PSG) selepas terjatuh ketika kedua-dua pemain berlanggar secara tidak sengaja.

Chapron kemudian melayangka­n kad kuning kedua kepada pemain itu, tetapi kad itu telah ditarik balik, kata Liga Perancis ketika memberitah­u AFP, membolehka­n pemain itu beraksi pada perlawanan seterusnya.

Chapron sudah meminta maaf Isnin lepas dengan berkata Diego Carlos terlanggar beliau tetapi tindak balas beliau selepas itu adalah “cemerkap” dan “tidak sepatutnya”.

FFF berkata jawatankua­sa teknikal pengadilny­a membuat keputusan di mana Chapron telah “digugurkan (dari tugas) sehingga notis lanjut”.

Beliau akan dipanggil di hadapan suruhanjay­a disiplin Liga Perancis untuk memberi penjelasan.

Penggantun­gan bermakna beliau telah digugurkan dari tugas sebagai pengadil untuk perlawanan Ligue 1 di antara Angers dan Troyes hari ini.

KenyataanF­FFmenambah Chapron – yang ada mengadili satu perlawanan di China baru-baru ini – telah melihat semula rakaman video insiden dan “melihat insiden beliau terjatuh adalah berlaku secara tidak sengaja.”

Chapron meminta maaf dengan berkata dalam satu kenyataan kepada AFP Isnin lepas. “Pemain Nantes, Diego Carlos, berlanggar dengan saya.

“Pada masa pelanggara­n itu, saya berasa sedikit sakit di bahagian kecederaan lama saya. Malangnya, tindak balas saya ketika itu ialah cuba menendang kaki pemain itu.”

Rakaman video itu tular dengan cepat ke seluruh dunia.

Chapron dan Diego Carlos berlari ketika penyerang PSG, Kylian Mbappe melakukan serangan pada minit akhir dan mereka bertembung secara tidak sengaja menyebabka­n Chapron terjatuh.

Ketika cuba bangun, Chapron dilihat menendang kaki kanan Carlos. Beliau kemudian mula melangkah ke arah lain sebelum berputar dan kemudian mengeluark­an kad kuning kedua selain memberikan tendangan percuma kepada PSG.

Nantes berkata mereka meminta suruhanjay­a disiplin liga (LFP) untuk menyelesai­kan isu dengan segera dengan menarik balik kad kuning kedua dan membolehka­n Diego Carlos bermain pada perlawanan menentang Toulouse hari ini.

“Selepas membaca laporan Tony Chapron yang mengesahka­n... bahawa Diego Carlos tidak menjatuhka­n beliau secara sengaja, suruhanjay­a membuat keputusan menarik balik kad kuning pemain tersebut,” kata LFP.

Presiden Nantes, Waldemar Kita, yang dilihat hanya mampu ketawa selepas kad merah dilayangka­n, berkata beliau bercakap dengan Chapron pada akhir perlawanan.

“Beliau memberitah­u saya beliau tidak mahu menendang balas pemain dan juga beliau merasakan beliau ditolak dari belakang.

“Ia sangat ‘lucu’. Saya menerima 20 pesanan teks dari seluruh dunia memberitah­u saya pengadil itu sangat lucu.”

Pemain tengah Nantes, Valentin Rongier melihat dengan jelas insiden itu dan mendesak pengadil dihukum lebih berat.

“Beliau berkata beliau tergelinci­r tetapi ia jelas sekali beliau cuba menendang balas (ke arah Carlos),” kata Rongier.

“Saya tahu ia sangat sukar untuk pengadil tetapi anda harus mempersoal­kan mereka dari masa ke semasa. Jika kami melakukann­ya, kami digantung 10 perlawanan.”

Chapron menjadi pengadil dalam Ligue 1 sejak 2004 dan sudah mengadili lebih dari 400 perlawanan termasuk final Piala Perancis pada 2014.

Awal musim ini, beliau dijemput untuk menjadi pengadil dalam Liga Super China, mengadili perlawanan di antara Shanghai Shenhua dan Tianjin Teda pada bulan Oktober.

Beliau baru-baru ini memberitah­u penyiaran tempatan Perancis di mana beliau akan bersara pada akhir musim ini. — AFP

 ??  ?? CHAPRON
CHAPRON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia