Utusan Borneo (Sabah)

Masters M’sia: Iskandar, Joo Ven mara

Ke undian utama Masters Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven memulakan saingan Perodua Masters Malaysia dengan langkah kanan apabila mara ke undian utama kejohanan badminton itu yang berlangsun­gdiArenaAx­iata di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

Pada aksi kelayakan kedua hari ini, Iskandar Zulkarnain tersentak dengan kekalahan padasetper­tama15-21kepada Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia, sebelum bangkit pada dua set seterusnya dengan kemenangan 21-15, 21-8.

Sementara Joo Ven meraih kemenangan ‘straight set’ menewaskan pemain berpengala­man, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia; 21-19, 21-10.

Pada perlawanan kelayakan pertama, Iskandar menewaskan Lucas Corvee dari Perancis 21-6, 1821, 21-17 manakala Joo Ven meraih kemenangan mudah selepas Fikri Ihsandi Hadmadi dari Indonesia menarik diri pada set kedua ketika sedang mendahului 21-10, 23-23.

Iskandar berkata faktor kepenatan adalah punca beliau tewas pada set pertama, namun segera bangkit mendapatka­n rentak permainan kerana tidak mahu mensia-siakan peluang yamg diberikan beraksi di kejohanan berkenaan.

“Saya dapat tahu layak beraksi di kejohanan ini pada saat akhir, memang sangat gembira sebab kejohanan ini peluang saya untuk menaikkan ranking dunia. Pada pusingan pertama, saya bermain sehingga rubber set, penat masih belum hilang perlu bermain di pusingan kedua.

“Jurulatih (Datuk Misbun Sidek) banyak mendorong saya supaya memberikan segalanya pada set kedua, memang saya tidak fikir penat cuma mahu fokus menang sahaja,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Iskandar dijadual bertemu Anders Antonsen dari Denmark hari ini.

Sementara itu, Joo Ven berkata beliau sangat berpuas hati dengan prestasiny­a dan berharap dapat mengekalka­n rentak kemenangan tersebut sepanjang kejohanan berkenaan minggu ini.

Katanya, beliau mahu membuktika­n kemampuann­ya beraksi di gelanggang sendiri meskipun akur cabaran yang menantinya esok lebih sukar apabila dijadual bertemu seorang lagi pemain berpengala­man, Brice Leverdez dari Perancis.

Turut mara ke undian utama adalah Lim Yin Fun dalam acara perseorang­an wanita yang menundukka­n Yulia Yosephin Susantro dari Indonesia; 21-19, 2117. Menanti beliau pada perlawanan seterusnya adalah pemain pilihan kedua Akane Yamaguchi dari Jepun.

Seorang lagi wakil perseorang­an wanita negara adalah Lee Ying Ying yang menewaskan Lyanny Alessandra Mainaky dari Indonesia; 17-21, 22-20, 21-14. Beliau akan bertemu Evgeniya Kosetskaya dari Rusia.

Dalam pada itu, pemain perseorang­an profesiona­l lelaki negara, Liew Daren turut mara ke pusingan pertama esok, selepas mencatat kemenangan 2116, 13-21, 21-7 ke atas Kim Bruun dari Denmark.

Wakil beregu lelaki negara layak ke undian utama pula adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan rakan sepasukan, Shia Chun KangTan Wee Gieen 17-21, 2115, 21-19.

Sementara pemain profesiona­l Malaysia, Lim Khim Wah yang berganding­an dengan Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan, mara setelah meraih kemenangan 21-14, 21-14 ke atas gandingan Muhammad Fachrikar Adma Parlindung­an ManReza Dwicahya Purnama dari Indonesia.

Dua wakil beregu wanita negara turut mara iaitu Goh Yea Ching-Teoh Mei Xing yang mendapat laluan mudah selepas pencabar mereka, Cynthia Shara AyunidhaGa­nis Nur Rahmadani dari Indonesia menarik diri ketika mendahului 21-7, 15-6.

Lim Chiew Sien-Yap Zhen pula menyingkir­kan Sanyogita GhorpadePr­ajakta Sawant dari India dengan straight set 22-20, 21-18, manakala beregu campuran Chen Tang Jie-Cheah Yee See terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Riky Widianto-Masita Mahmudin dari Indonesia 16-21, 21-14, 21-15. -Bernama

Jurulatih (Datuk Misbun Sidek) banyak mendorong saya supaya memberikan segalanya pada set kedua, memang saya tidak fikir penat cuma mahu fokus menang sahaja.

ISKANDAR ZULKARNAIN ZAINUDDIN Pemain perseorang­an negara

 ??  ??
 ?? -Gambar Bernama ?? ISKANDAR beraksi ketika menentang lawannya dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena KL Sports City, Selasa.
-Gambar Bernama ISKANDAR beraksi ketika menentang lawannya dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena KL Sports City, Selasa.
 ?? -Gambar Bernama ?? YING Ying beraksi menentang lawannya dari Indonesia, Lyanny Alessandra Mainaky pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena KL Sports City, Selasa.
-Gambar Bernama YING Ying beraksi menentang lawannya dari Indonesia, Lyanny Alessandra Mainaky pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena KL Sports City, Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia