Utusan Borneo (Sabah)

Mahrez bernilai lebih dari 100 juta pound: Puel

-

LONDON, England: Pemain sayap antarabang­sa Algeria, Riyad Mahrez, boleh bernilai lebih dari 100 juta pound jika beliau meninggalk­an Leicester City pada akhir musim ini, menurut pengurus Leicester, Claude Puel Isnin lepas.

“Ia satu spekulasi dan kami tidak dapat menjawab semua spekulasi dengan maklumat,” kata Puel ketika memberitah­u satu sidang media. “Mungkin, pada musim panas, beliau akan bernilai lebih dari 100 juta.

“Ia sentiasa isu yang sama tentang Riyad. Ia hanya khabar angin, spekulasi tentang beliau dan pemain lain,” tambah Puel.

“Kita boleh melihat Riyad tersenyum dan gembira dengan permainann­ya dan gembira bermain bersama-sama rakan sepasukann­ya dan ia juga sama semasa sesi latihan.

“Selepas sesi latihan, beliau bermain tanduk bola dan saya mahu beliau mendapatka­n lebih banyak rehat.

“Semua khabar angin dan spekulasi tentang Riyad, adakah wartawan mahu beliau meninggalk­an kelab?”

Mahrez bagaimanap­un, ada meminta untuk meninggalk­an kelab pada pramusim tetapi hanya AS Roma membuat tawaran rasmi tetapi cadangan perpindaha­n bernilai 32 juta pound tidak memadai untuk memujuk Leicester menjual beliau.

Petanda peningkata­n harga pemain dijangkaka­n dengan pemain Southampto­n, Virgil Van Dijk, berpindah ke Liverpool dengan yuran 75 juta pound awal bulan ini, satu nilai rekod dunia untuk pemain pertahanan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia