Utusan Borneo (Sabah)

Fenrir wakil tunggal Asia Tenggara kejohanan e-sukan FIFA

-

Fenrir wakil Asia Tenggara kejohanan e-sukan FIFA

KUALA LUMPUR: Menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara pada kejohanan Piala FIFA Ultimate Team (FUT) di Barcelona, Muhd Luqman Haziq Haziman memandang serius terhadap cabarannya mewakili negara pada saingan e-sukan bola sepak bertaraf antarabang­sa itu.

Pelajar berusia 21 tahun itu telah membuat persiapan membiasaka­n diri bermain dengan individu yang berpengala­man di peringkat antarabang­sa termasuk menyertai perlawanan dengan ramai pemain kompetitif dari Malaysia.

Luqman, dikenali sebagai Fenrirdala­marenamaya,bakalke Barcelona bagi menyertai FIFA eWorld Cup (FEWC) anjuran EA Sports dari 26 hingga 28 Jan ini yang pemenangny­a bakal membawa pulang US$200,000 (RM790,923).

“Saya dah bersedia dan akan menggunaka­n taktik-taktik yang dipelajari sepanjang bulan lepas. Sekiranya menang kejohanan ini, saya akan diberikan anugerah serta berpeluang bertemu dengan pemain antarabang­sa seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo,” katanya semasa rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC). Selasa.

Beliau merupakan antara 65 peserta yang layak ke kejohanan berprestij itu selepas memenangi pusingan kelayakan baru-baru ini.

“Saya berlatih lebih kurang lapan jam setiap hujung minggu dan pada masa yang sama saya memerhati secara teliti taktik yang digunakan oleh pemain bola sepak antarabang­sa bagi mengakplik­asikannya dalam kejohanan FUT ini,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia