Utusan Borneo (Sabah)

Sawa janjikan cabaran hebat

Gusti Lengan Amal Antarabang­sa, Premier 101 CUP: Rise of Southeast Asia 2018

-

Sawa janjikan cabaran hebat

KOTA KINABALU: Persatuan Gusti Lengan Sabah (Sawa) berazam memberikan cabaran hebat di Kejohanan Gusti Lengan Amal Antarabang­sa, Premier 101 CUP: Rise of Southeast Asia 2018.

Kejohanan dua hari untuk edisi ke-3 itu akan berlangsun­g di Kuching, Sarawak bermula 19 Januari (Jumaat) ini, di mana lapan kategori dipertandi­ngkan melibatkan enam kategori profesiona­l dan dua kategori amatur.

Timbalan Presiden Sawa JollyJohns­onberkata,pasukan negeri ini akan diwakili oleh 16 peserta termasuk sembilan atlet yang akan bersaing dalam kategoripr­ofesional,manakala selebihnya bertanding dalam kategori amatur.

“Kita tidak meletak sebarang sasaran, tetapi kita mengharapk­an semua atlet yang terpilih ini untuk bertanding sepenuh tenaga dan memberikan yang terbaik dalam setiap pertarunga­n,” tegas beliau yang juga kapten kontinjen Sabah.

Selain Jolly, atlet-atlet Sabah yang lain terdiri dari Raymond Wong, Joffey Jolly, Calveen Petrus, Esmond Ampilah, George Johnson, Jivander Lonni, Johnnie James, Weaver Sidion, Nickelson Rony, Artobelly Evali, Bobby John, Azrie Madjaili, Clyderick Bonaventur­e, Afifuddin Sumbarani dan satusatuny­a atlet wanita Sandra Majanan.

Hadiah wang tunai keseluruha­n bernilai RM31,500 menanti para pemenang di mana juara setiap kategori untuk kelas tangan kanan masingmasi­ng akan menerima RM5,000, manakala juara kategori tangan kiri dan wanita masing-masing akan menerima RM1,000 dan RM500.

Kita tidak meletak sebarang sasaran, tetapi kita mengharapk­an semua atlet yang terpilih ini untuk bertanding sepenuh tenaga dan memberikan yang terbaik dalam setiap pertarunga­n.

JOLLY JOHNSON Timbalan Presiden Sawa

 ??  ?? ANTARA atlet Sabah yang akan menyertai Kejohanan Gusti Lengan Amal Antarabang­sa, Premier 101 CUP: Rise of Southeast Asia 2018 semasa sesi latihan di ibu negeri pada Selasa.
ANTARA atlet Sabah yang akan menyertai Kejohanan Gusti Lengan Amal Antarabang­sa, Premier 101 CUP: Rise of Southeast Asia 2018 semasa sesi latihan di ibu negeri pada Selasa.
 ?? DESMOND QWEK ?? TUAH BADAN: Pemain bertuah Flounius @ Flonius Gadul menerima hadiah lumayan pukulan selubang (HiO) daripada Pegawai Daerah Tambunan yang juga setiausaha kehormat Tambunan Golf Club (TnGC) Thomas Logijin semasa Pertanding­an Golf TnGC Klasik 2018 yang berlangsun­g pada 13 Januari. Flounius yang baharu bermain golf kira-kira setahun melakukan HiO di lubang par tiga ke-9 pada jarak 115 meter untuk membawa pulang wang tunai bernilai RM33,273.00 di atas kejayaan itu.-Oleh
DESMOND QWEK TUAH BADAN: Pemain bertuah Flounius @ Flonius Gadul menerima hadiah lumayan pukulan selubang (HiO) daripada Pegawai Daerah Tambunan yang juga setiausaha kehormat Tambunan Golf Club (TnGC) Thomas Logijin semasa Pertanding­an Golf TnGC Klasik 2018 yang berlangsun­g pada 13 Januari. Flounius yang baharu bermain golf kira-kira setahun melakukan HiO di lubang par tiga ke-9 pada jarak 115 meter untuk membawa pulang wang tunai bernilai RM33,273.00 di atas kejayaan itu.-Oleh
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia