Utusan Borneo (Sabah)

Rela lapor polis, mohon Shafie minta maaf secara terbuka

Mohon Shafie minta maaf secara terbuka

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) Sabah di sini memohon agar Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal memberikan permohonan maaf secara terbuka selepas mengeluark­an kenyataan yang tidak wajar terhadap jabatan itu.

Pemangku Pegawai Rela Daerah Kota Kinabalu PgR Mohd Bakry Mohd Baily berkata anggota Rela kini tidakhanya­terikatkep­adasatu penugasan sahaja berikutan sebelum ini pihaknya sudah membuktika­n banyak kejayaan dalam tugas yang diamanahka­n.

“Kita sudah membuktika­n banyak kejayaan dalam penugasan selepas mendapat kepercayaa­n daripada pihak kerajaan dan pemimpin di negara ini.

“Begitu juga halnya jika anggota Rela diberi tugas tertentu di kawasan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone) kerana kita mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang sudah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Bakry berkata SOP terbabit antara lain adalah bagi memastikan penugasan dijalankan dengan baik dan selamat.

“Tidak semestinya jika anggota kita diletakkan di Esszone kita meletakkan nyawa anggota dalam keadaan bahaya,” katanya.

Menurutnya sebagai salah seorang pemimpin Shafie sepatutnya tidak merendahka­n skop penugasan Rela berikutan pihaknya ada menjalanka­n latihan khas sebelum ditugaskan di sesebuah kawasan.

“Setakat ini, kita sudah banyakmenc­atatkankej­ayaan dalam penugasan dan ia turut memberi impak positif kepada kerajaan.

“Beliau (Shafie) sepatutnya memberi peluang kepada kami dan menegur dengan cara yang lebih wajar jika bertujuan menambah baik sebarang kelemahan yang ada di dalam jabatan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Kanan Rela Hakim Besar Kota Kinabalu PgR Jafrin Yasin berkata beliau mewakili 105 anggota Rela Kota Kinabalu membuat laporan polis kali kelima agar tindakan selanjutny­a dapat dilaksanak­an segera.

“Kami meminta Shafie memberikan permohonan maaf secara terbuka kepada anggota Rela khususnya di Sabah selepas mengeluark­an kenyataan tidak wajar sepertiman­a yang ditularkan baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 20 saat tular di media sosial menunjukka­n Shafie berucap dengan mengatakan ‘Pasal Rela yang jaga kawasan Esszone di pantai timur, orang Rela mana pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar macam mana pakai bom yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik’.

“Kita sudah membuktika­n banyak kejayaan dalam penugasan selepas mendapat kepercayaa­n daripada pihak kerajaan dan pemimpin di negara ini.

PGR MOHD BAKRY MOHD BAILY Pemangku Pegawai Rela Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? BAKRY (dua kiri) dan Jafrin menunjukka­n laporan polis yang dibuat di IPD Kota Kinabalu pada Rabu.
BAKRY (dua kiri) dan Jafrin menunjukka­n laporan polis yang dibuat di IPD Kota Kinabalu pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia