Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki diarah bela diri, tuduhan edar dadah seberat 4,396.7g

Tuduhan edar dadah seberat 4,396.7 gram

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memerintah­kan seorang lelaki yang didakwa mengedar dadah membela dirinya pada 31 Januari.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Ho Yee Onn, 35, selepas kes berkenaan ditutup di peringkat akhir pendakwaan.

Dalam penghakima­n berkenaan, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphet­amine seberat 4,396.7 gram, bersama dengan seorang lagi yang masih bebas.

Kesalahan dilakukan pada 21 Mei 2016 jam 3.40 petang, di balai ketibaan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Ho yang diwakili peguam Ram Singh, berdiri di dalam kandang tertuduh memberitah­u memilih pilihan pertama iaitu memberikan keterangan bersumpah.

Disamping itu, Ram memaklumka­n kepada mahkamah akan memanggil dua saksi daripada pihak pembelaan, untuk memberikan keterangan.

Sementara menunggu kes selesai,tertuduhte­rusdireman mengikut Seksyen 259 Kedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwara­ya Nazir Amir Johari dari Jabatan Kastam bertindak untuk pihak pendakwaan.

Kesalahan dilakukan pada 21 Mei 2016 jam 3.40 petang, di balai ketibaan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota ” Kinabalu (LTAKK), di sini.

 ??  ?? HO (kanan) bersama Ram (kiri), ketika di luar kamar mahkamah.
HO (kanan) bersama Ram (kiri), ketika di luar kamar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia