Utusan Borneo (Sabah)

‘Hello Asean’ papar proses tenunan kain seluruh Asean

-

IKUTI pengembara­an bersama hos Vanessa Mering ke negaranega­ra Asean dalam rancangan majalah travelog bertajuk ‘Hello Asean’ setiap hari Khamis, jam 4.05 petang di TV1 dengan episod pertamanya ditayangka­n pada 11 Januari lepas.

Bertemakan pembelajar­an mengenai pakaian tradisiona­l dan kain tenunan yang terdapat di negaranega­ra Asean, pastinya ia menyuntik kelainan kepada penggemar program travelog yang pernah disiarkan sebelum ini

Sepanjang 13 episod siarannya, penonton dapat berkongsi kisah penjelajah­an ke negara-negara Asean untuk meninjau tentang pakaian dan kain tenunan orang tempatan yang sememangny­a unik untuk didedahkan kepada umum.

Menerusi episod pengenalan­nya, travelog ini menonjolka­n kisah tentang penjelajah­an hos rancangan, Vanesa Mering ke tempat-tempat yang menarik terletak di Padang, Indonesia.

Tempat pertama yang dikunjungi oleh Vanesa ialah Muzium Adiyatwarw­an yang terletak 42 km dari bandar Padang. Muzium itu menyimpan dan melestarik­an koleksi sejarah masyarakat Minangkaba­u.

Vanesa tertarik dengan Busana Pengantin Minang yang mempunyai corak kain berunsur alam dan dipengaruh­i oleh kebudayaan Cina, Arab dan Eropah.

Selepas itu Vanesa menuju ke Pusat Kerajinan Tenunan Songket Bordiran di bandar Pandai Sikek untuk melihat perusahaan pembuatan kain songket.

Tempat seterusnya yang dilawati Vanesa ialah Nenni Adli Minangkaba­u Craft Village untuk melihat pelbagai barang yang dibuat daripada songket.

Ia kemudianny­a menyorot tumpuan penonton ke tempat-tempat yang menarik di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Tempat pertama yang dikunjungi oleh Vanesa ialah Kota Sutera, Se-ngkang yang terletak 250 km dari bandar Makassar.

Terdapat banyak pusat penenunan sutera dan pengusaha ulat sutera di Kota Sutera.

Dalam satu majlis perkahwina­n kaum Bugis yang dihadiriny­a, Vanesa tertarik dengan Busana Pengantin yang mempunyai corak kain bunga sulaman benang emas.

Selepas itu, Vanesa ke Pusat Kerajinan Tenunan Bugis Sengkang untuk meninjau perusahaan pembuatan kain sutera.

Selepas belajar dan mencuba sendiri menenun kain sutera beliau menye-dari betapa rumitnya proses itu dan menghargai nilai kain sutera.

Tempat seterusnya yang dilawati Vanesa ialah Butik Losari Silk untuk melihat pelbagai kain sarung dan baju siap jahit yang dibuat daripada kain sutera.

Ikuti kunjungan ke negara-negara Asean yang lain dalam keseluruha­n episod siri menarik ini.

 ??  ??
 ??  ?? FESYEN:
Aktres Hollywood Kate Hudson menghadiri pertunjuka­n fesyen koleksi terbaharu Stella McCartney untuk tahun 2018 pada 16 Januari lepas di Hollywood, California. — Gambar AFP
FESYEN: Aktres Hollywood Kate Hudson menghadiri pertunjuka­n fesyen koleksi terbaharu Stella McCartney untuk tahun 2018 pada 16 Januari lepas di Hollywood, California. — Gambar AFP
 ??  ??
 ??  ?? — Gambar Reuters AKTRES TERBAIK: Tracee Ellis Ross, pemenang Aktres Terbaik dalam Siri Komedi untuk ‘black-ish,’ bergambar di bilik berita semasa Anugerah Imej NAACP ke-49 di Pasadena Civic Auditorium di Pasadena, California pada 15 Januari lepas.
— Gambar Reuters AKTRES TERBAIK: Tracee Ellis Ross, pemenang Aktres Terbaik dalam Siri Komedi untuk ‘black-ish,’ bergambar di bilik berita semasa Anugerah Imej NAACP ke-49 di Pasadena Civic Auditorium di Pasadena, California pada 15 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia