Utusan Borneo (Sabah)

Muchtar Tokoh Maulidur Rasul Keningau

Muchtar Tokoh Maulidur Rasul Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

USTAZ Haji Muchtar Zainuddin telah dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau pada majlis sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau pada Rabu.

Sementara mantan Pegawai Daerah Keningau dan Lahad Datu Haji Zulkifli Nasir dan Hajah Parmah Anggas serta mantan Timbalan Pengarah Insan Sabah Ustaz Sapari Naim masing-masing menerima Anugerah Khas.

Pertanding­an Sepanduk bagi kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh Kafa Keningau manakala kategori sekolah menengah, johan dimenangi oleh SMK Agama Keningau, naib johan SM Agama Negeri Keningau dan tempat ketiga SMJK Ken Hwa.

Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) johan dalam kategori pertubuhan dan NGO, sementara naib johan ialah Umno Bahagian Keningau.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau memenangi johan dalam kategori Kementeria­n, Jabatan dan Swasta diikuti Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (Ipdas) sebagai naib johan dan tempat ketiga Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Johan bagi kategori kampung, masjid dan surau dimenangi oleh Kampung Kauran diikuti naib johan Kampung Bayangan dan tempat ketiga Kampung Meninipir sementara kontinjen terbaik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno telah menyampaik­an Anugerah Tokoh Maulidur Rasul, Anugerah Khas dan pemenang dalam pertanding­an sepanduk.

Terdahulu, beliau turut mengetuai kira-kira 3,000 umat Islam melibatkan 27 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul sejauh 2 kilometer bermula dari Padang Bandaran ke dewan masyarakat.

Sempena sambutan itu, turut diadakan ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaika­n oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Haji Bungsu Aziz Haji Jaafar, persembaha­n nasyid oleh pelajar Sekolah Rendah Tahfiz Al-Ilmi Keningau dan kumpulan AlMunzir.

Hadir sama ialah wakil Pegawai Daerah Yamin Karinong, wakil Ketua Polis Daerah Inspektor Yazrin Mohd Yassin, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Pegawai Tadbir Jheains Afandy Kasimin dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil.

 ??  ??
 ??  ?? KONTINJEN SMK Agama Keningau johan kategori sekolah menengah dalam pertanding­an sepanduk bergambar bersama Sairin serta tetamu yang lain.
KONTINJEN SMK Agama Keningau johan kategori sekolah menengah dalam pertanding­an sepanduk bergambar bersama Sairin serta tetamu yang lain.
 ??  ?? KONTINJEN PDRM yang muncul kontinjen terbaik bergambar bersama Sairin dan Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawila (lima kiri) serta tetamu lain.
KONTINJEN PDRM yang muncul kontinjen terbaik bergambar bersama Sairin dan Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawila (lima kiri) serta tetamu lain.
 ??  ?? PARA penerima anugerah khas dan pertanding­an sepanduk bergambar bersama Sairin dan tetamu lain selepas penyampaia­n hadiah.
PARA penerima anugerah khas dan pertanding­an sepanduk bergambar bersama Sairin dan tetamu lain selepas penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau kepada Muchtar.
SAIRIN menyampaik­an Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau kepada Muchtar.
 ??  ?? PARMAH (kanan) menerima Anugerah Khas yang disampaika­n oleh Sairin.
PARMAH (kanan) menerima Anugerah Khas yang disampaika­n oleh Sairin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia