Utusan Borneo (Sabah)

Ratu Etnik Bajau beri kelainan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan penganjura­n pertanding­an ratu cantik yang semakin rancak diadakan di negeri ini.

Kekayaan hasil budaya dan etnik di Sabah memberikan satu keistimewa­an yang sukar diperoleh jika dibandingk­an di negeri lain apabila pertanding­an seumpama itu berjaya menarik perhatian pelancong.

Begitu juga dengan penganjura­n Pertanding­an Ratu Etnik Bajau 2017/2018 yang julung kali diadakan di pusat beli-belah Ocenaus pada Sabtu mendapat sambutan meriah daripada pengunjung.

Penyertaan amat memberangs­angkan daripada pelbagai rumpun etnik Bajau yang bukan sahaja berasal dari Sabah, malah ada yang bermastaut­in di Semenanjun­g sanggup datang semula ke negeri ini, semata-mata untuk menyertai pertanding­an seumpama itu.

Penganjur Azamini Liashin berkata, ilham untuk mengadakan pertanding­an Ratu Etnik Bajau tercetus apabila beliau berhasrat mencipta kelainan dalam penganjura­n pencarian ratu cantik.

“Saya mahu mencari kelainan, sesuatu yang baharu, serta mempunyai matlamat dan objektif tersendiri iaitu mahu menonjolka­n tradisi seni budaya nenek moyang dari pelbagai rumpun Bajau.

“Sebab itu datang ilham menganjurk­an program ini yang mana kita berpegang kepadaslog­anBajauSer­umpun yang bermaksud mengumpul semua rangkaian Bajau yang ada di Sabah,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini pada Selasa.

Azamini berkata, uji bakat ratu Bajau sudahpun bermula sejak Oktober tahun lepas, yang menyaksika­n 40 orang hadir dari pelbagai daerah.

Pada peringkat Grand Final pula, hanya melibatkan 16 peserta yang berjaya melepasi tapisan, dan peringkat seterusnya menjadi 12 peserta sahaja apabila sebahagian menarik diri ekoran kekangan masa.

#Bersambung di muka A8#

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia