Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan ibu selepas libas empat anak

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PUTATAN: Polis menahan seorang wanita berumur 34 tahun selepas mencederak­an tiga anaknya di sebuah rumah di Taman Ketiau di sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Putatan Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian disedari selepas Pegawai Perubatan Klinik 1 Malaysia Taman Ketiau menghubung­i polis semasa anak mangsa mendapatka­n rawatan di klinik berkenaan.

“Kejadian awal dipercayai berlaku semasa suspek yang juga ibu mangsa mengarahka­n empat anaknya masing-masing berumur tujuh hingga 15 tahun mencari barang kemasnya termasuk cincin dan gelang tangan yang dipercayai hilang sejak Ahad.

“Selepas gagal menemukan barangan kemas terbabit, suspek kemudianny­a bertindak di luar kawalan dengan memarahi, memukul, serta mengugut membunuh anaknya sebelum mengambil pisau pemotong daging,” katanya.

Katanya suspek kemudianny­a melibas pisau terbabit ke arah anaknya dengan tujuan agar mangsa mengaku mengambil barang kemas berkenaan.

“Tindakan mangsa menyebabka­n tiga anaknya terkena libasan pisau di bahagian tangan manakala seorang lagi anaknya tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa kemudianny­a melarikand­irisebelum­meminta bantuan jiran untuk ke klinik berdekatan,” katanya.

Haris berkata bertindak daripada kejadian, pihaknya berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia