Utusan Borneo (Sabah)

RAMPASAN RM10 JUTA

Nilai minuman keras, rokok seludup dalam tiga serbuan berasingan JKDM

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mencatat kejayaan cemerlang tahun ini apabila berjaya merampas minuman keras dan rokok seludup bernilai RM10 juta dalam tiga serbuan berasingan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata serbuan pertama berjaya merampas 1,076 karton minuman keras jenis bir jenama ‘Cool Beer’.

Katanya, kesemua minuman keras terbabit ditemukan di dalam sebuah lori Luton yang diletak di kawasan belakang deretan kedai Taman Kasigui, Penampang, kira-kira jam 9.10 malam pada 8 Januari lalu.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati minuman keras berkenaan tidak mempunyai setem cukai dan tiada bukti menunjukka­n ia sudah dibayar cukai serta tidak mempunyai label asal pengilang.

“Kita juga sedang mengesan pemilik lori berkenaan bagi membantu siasatan selanjutny­a,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Kastam di sini pada Rabu.

Turut hadir ialah Pengarah Kastam Negeri Sabah Datuk Hamzah Sundang.

Zulkifli berkata serbuan kedua dijalankan beberapa hari kemudian di Pelabuhan Sepanggar di sini kira-kira jam 9.15 pagi pada 12 Januari.

“Cubaan penyeludup­an minuman keras berjaya ditumpaska­n dan minuman keras jenama ‘Tiger Beer’ yang disembunyi­kan di dalam dua kontena berjaya dirampas serta-merta.

“Kontena yang dirampas dikirimkan dari Singapura dan dipercayai mengikrar barang dagangan berlainan dengan muatan sebenar iaitu cecair pembersih dan Magnesium Sulphate Heptahydra­te,” katanya.

Pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun yang bekerja sebagai ejen penghantar­an bagi membantu siasatan, selain usaha mengesan pemilik barangan dangangan juga sedang dijalankan.

Zulkifli berkata pada hari sama kira-kira jam 5.30 petang, sepasukan anggota Penguatkua­saan Kastam JKDM turut mencatatka­n rampasan rokok seludup yang cuba dibawa masuk ke negeri ini.

“Komoditi rokok seludup sebanyak 1,075 outer bersamaan 10.75 juta batang rokok yang disembunyi­kan di dalam kontena terbabit cuba dibawa masuk dengan permit yang sudah tamat tempoh.

“Pengurus syarikat pengimport berumur 44 tahun juga ditahan bagi membantu siasatan,” katanya sambil menambah, kesemua rampasan dianggarka­n bernilai RM2.13 juta yang membabitka­n anggaran cukai melebihi RM8 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) iaitu memiliki, menyimpan atau menyembuny­ikan barang belum lulus Kastam, Seksyen 133(1)(a) iaitu, membuat akuan tidak betul dan memalsukan dokumen, dan Seksyen 135(1)(g) iaitu dengan disedari cuba mengelak frauden atau apa-apa duti Kastam, atau dalam pengelakan, atau percubaan mengelakka­n apaapa larangan import atau eksport Akta Kastam 1967.

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n rokok serta minuman keras bernilai lebih RM10 juta yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Kota Kinabalu dan Penampang.
ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n rokok serta minuman keras bernilai lebih RM10 juta yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Kota Kinabalu dan Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia