Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sewenangwe­nangnya bocor rahsia kerajaan

-

KOTA BHARU: Rahsia kerajaan tidak harus sewenang-wenangnya dibocorkan kerana pihak yang tidak bertanggun­gjawab boleh menggunaka­nnya untuk memporakpe­randakan negara, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Beliau berkata setiap maklumat yang diberikan itu kemungkina­n akan dimanipula­si pihak terbabit sehingga boleh mencetuska­n masalah kepada negara.

“Kita tidak akan selamat apabila sesuatu maklumat itu sampai kepada pihak yang tidak sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Watikah Pelantikan Pengerusi dan Anggota Jawatankua­sa Daerah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Skuad Muda Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di sini, malam Selasa.

Pada majlis sama turut diadakan Penyampaia­n Watikah Pelantikan Skuad Muda JPJ Negeri Kelantan dan Parlimen kepada 13 wakil yang disampaika­n oleh Pengerusi Skuad Muda JPJ Malaysia, Datuk Seri Ismail Ahmad serta Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapha.

Hasanuddin berkata wujudnya pelbagai jenis kemudahan media dan gajet elektronik sekarang, semua orang mudah menerima maklumat yang belum sahih termasuk berita fitnah dan boleh menjatuhka­n individu lain.

Dalam perkembang­an sama, Hasanuddin berkata polis Kelantan amat terharu dan berbangga dengan kerjasama serta inisiatif yang dilakukan MCPF dalam membantu mencegah jenayah, khususnya di Kelantan.

Katanya walaupun tugas yang dijalankan hanyalah sukarela namun komitmen setiap anggota adalah amat penting dalam membantu membasmida­nmengurang­kan indeks jenayah.

Mengenai kewujudan dadah ‘zombie’ atau Flakka di sini, Hasanuddin berkata setakat ini polis Kelantan masih belum menerima sebarang maklumat atau tangkapan membabitka­n dadah berkenaan.

Namun begitu, beliau berkata seandainya orang ramai ada maklumat berkaitan boleh melaporkan kepada pihak polis kerana dadah berkenaan dikatakan amat berbahaya yang boleh menyebabka­n seseorang itu menjadi berani, amat agresif dan berkelakua­n seperti kurang siuman. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia