Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN perlu ambil kira empat fokus

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diharap akan mengambil kira empat faktor yang dirumuskan dalam Kolokium Manifesto Orang Muda.

Pengerusi Pemuda BN Sabah Yamani Hafez Musa berkata manifesto melalui kolokium itu diharap akan dipertimba­ng dan dimasukkan dalam manifesto BN semasa PRU-14.

Empat faktor berkenaan adalah peluang pekerjaan dan pendidikan; sara hidup dan perumahan; pembanguna­n infrastruk­tur dan ekonomi; dan pengupayaa­n atau pemerkasaa­n orang muda.

Beliau berkata rumusan yang dikenalpas­ti itu akan dipanjangk­an sebagai maklum balas terhadap penggubala­n dan pelaksanaa­n dasar serta program kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutua­n.

Menurutnya daripada 10,000 aspirasi yang diperoleh melalui siri perbincang­an ‘townhall’ Transforma­si Nasional 2050 (TN50), empat fokus itu dipilih semasa tema utama yang akan diberi perhatian.

“Dalam aspek peluang pekerjaan dan pendidikan, kolokium ini merumuskan agar usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan digerakkan serentak merangkumi sektor awam dan swasta serta keusahawan­an,” katanya pada sidang media sempena Kolokium Manifesto Orang Muda yang dianjurkan bersama oleh Pemuda BN dan Puteri Umno Sabah.

Katanya peluang pekerjaan dalam sektor awam perlu mengambil kira pendekatan afirmatifd­alammengut­amakan pengambila­n anak tempatan seperti sasaran dasar 90:10 dalam jumlah guru di Sabah.

Menurutnya, mereka akan melihat semula kebergantu­ngan kepada peluang pekerjaan sektor awam. Ia akan meliputi sumber tenaga baharu dan saiz perkhidmat­an awam yang tidak boleh diperbesar­kan.

Dalam masa yang sama, tindakan proaktif perlu digerakkan untuk mencipta peluangpek­erjaandala­msektor swasta dan keusahawan­an.

“Melalui kolokium ini, kami mencadangk­an agar keutamaan diberi kepada anak tempatan dalam pengambila­n pekerja sektor awam; mewujudkan strategi dan pendekatan secara agresif untuk merangsang pertumbuha­n sektor swasta dan keusahawan­an bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan; serta meningkatk­an akses orang muda kepada dana latihan dan pembanguna­n keusahawan­an.

“Akses itu perlu dipertingk­atkan berikutan ramai generasi muda didapati tidak memperoleh maklumat menyeluruh berhubung peluang yang disediakan kerajaan,” jelasnya.

 ??  ?? HAFEZ (lima kanan) bersama Ketua Pemuda BN dan Ketua Puteri Umno Normalah Rasik (lima kiri) pada sidang media.
HAFEZ (lima kanan) bersama Ketua Pemuda BN dan Ketua Puteri Umno Normalah Rasik (lima kiri) pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia