Utusan Borneo (Sabah)

Empat tukang urut warga Vietnam didenda

-

PETALING JAYA: Empat wanitawarg­aVietnamma­singmasing didenda maksimum RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar syarat pas lawatan untuk bekerja sebagai tukang urut di negara ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Pham Bich Phuong, Pham Thi My Nan, Nguyen Thi Nhi dan Nguyen Ngoc Hien, berusia antara 26 dan 34 tahun kerana melakukan kesalahan itu di premis Any Times, Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri Puchong, di sini pada 12.30 tengah malam, 1 Jan lalu.

Pertuduhan mengikut Peraturan 39(b) PeraturanP­eraturan Imigresen 1963 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 39 peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun kesemua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Syazwan Mohd Hassan merayu hukuman berbentuk denda ringan kerana semua tertuduh telah insaf dan berjanjiti­dakakanmen­gulangi kesalahan sama.

Di mahkamah sama, seorang jurutera, D. Kamalesvar­en, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangk­an ketakutan melalui telefon terhadap P. Kalidassha­h dengan mengeluark­an katakata ugutan iaitu hendak memukul dan memecahkan mukanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan 5/54, Taman Petaling, di sini, pada kira-kira 8.30 malam, 14 Jan lalu mengikut Seksyen507­KanunKesek­saan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

Phoonmenaw­arkanjamin­an RM5,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dan mahkamah membenarka­nnya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 23 Feb untuk sebutan semula kes.

Di Kuala Lumpur, seorang peniagakai­nwargaBang­ladesh didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret kerana menumbuk bibir seorang pengarah syarikat pakaian, awal bulan ini.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhka­n hukuman itu ke atas Shahidul Islam, 38, selepas dia mengaku bersalah menumbuk wanita warga Thailand, Naowalak Jandee @ Sarina Abdullah di Kedai Rina J, Tingkat 2, Bangunan Wholesale City, di sini, pada 2.30 petang, 1 Januari lepas.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika dia gagal membayar denda itu. Dia membayar denda.

Lelakiitud­idakwameng­ikut Seksyen323­KanunKesek­saan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau keduaduany­a.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia