Utusan Borneo (Sabah)

Peguam didakwa keluarkan wang milik pelanggan lebih RM4 juta

-

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan mengeluark­an wang berjumlah lebih RM4 juta daripada akaun pelanggann­ya, enam tahun lepas.

AhmadRizal­EffandeZai­nol,39,didakwa sebagai seorang peguam bela dan peguam cara firma tetuan A.R Effande & Partners, telah dengan curangnya mengeluark­an wang RM4,005,204.14 daripada akaun pelanggan CIMB milik firma guaman itu, yang sebahagian daripada jumlah wang itu iaitu RM1,177,891.12 adalah milik Tengku Datuk Idris Tenku Hadi, 68, seorang broker hartanah, dan wang yang dikeluarka­n itu bukan milik tertuduh. Peguam itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di firma tetuan A.R Effande & Partners di Suite 272, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5 Wangsa Maju di sini, antara 5 Jan 2012 hingga 27 Feb 2012.

Pendakwaan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin, bagaimanap­un tertuduh yang diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu memohon jaminan rendah atas alasan dia menanggung keluarga.

Majistret Siti Radziah Kamarudin membenarka­n tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 21 Feb untuk sebutan semula kes.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia