Utusan Borneo (Sabah)

Jalan boleh dilalui kenderaan

Terhad tidak melebihi berat tiga tan

-

KOTA MARUDU: Jalan Marak Parak sepanjang enam meter yang terjejas akibat tanah runtuh pada 11 Januari lalu, kini hanya boleh dilalui kenderaan yang tidak melebihi berat tiga tan.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu Jonathan Gisong semasa dihubungi berkata jalan yang berada berdekatan Kampung Tolidusan itu juga kini sedang dalam beberapa proses khas.

Pihaknya masih mengkaji bahagian jalan terbabit termasuk siasatan daripada Bahagian Cerun Ibu Pejabat JKR Sabah dan beliau masih menunggu tindakan selanjutny­a dari pihak atasan sebelum pembaikan sepenuhnya dilaksanak­an.

“Kita sudah meletakkan notis melarang kenderaan berat melalui jalan di beberapa kawasan sebelum lokasi termasuk Bulatan Popok, Bulatan Timbang Batu dan Togop Poring bagi memberikan amaran kepada pengguna jalan raya agar memperlaha­nkan kenderaan semasa melalui kawasan itu.

“Penghadang serta papan tanda turut diletakkan di tepi jalan bagi tujuan keselamata­n dan semua jenis kenderaan yang tidak melebihi berat tiga tan boleh melalui jalan berkenaan sepenuhnya bagi lorong sehala,” katanya.

Tambahnya, bagi meningkatk­an lagi kadar keselamata­n di lokasi kejadian, pihak konsesi tanah kinimenjal­ankanpenga­wasan 24 jam bagi mengelakka­n sebarang kecemasan berlaku di sana.

Pada 11 Januari lalu,

“Penghadang serta papan tanda turut diletakkan di tepi jalan bagi tujuan keselamata­n dan semua jenis kenderaan yang tidak melebihi berat tiga tan boleh melalui jalan berkenaan sepenuhnya bagi ” lorong sehala. JONATHAN GISONG Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu

dua pengguna jalan raya yang menaiki motosikal ditemukan maut selepas tertimbus runtuhan tanah di jalan berkenaan.

Kedua-duamangsad­ikenali sebagai Jaimin Bien, 46, dari Kampung Tandahawon yang menunggang motosikal berkenaan dan pembonceng­nya Edmon James, 22, dari Kampung Melangkap Tengah.

 ??  ?? (gambar atas dan bawah) KEADAAN jalan yang ditutup dengan tanda amaran serta penghadang jalan.
(gambar atas dan bawah) KEADAAN jalan yang ditutup dengan tanda amaran serta penghadang jalan.
 ??  ??
 ??  ?? TANDA amaran yang diletakkan beberapa meter dari lokasi kejadian.
TANDA amaran yang diletakkan beberapa meter dari lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia