Utusan Borneo (Sabah)

Program CSR pembukaan aktiviti LHDN

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menjadi aktiviti pembukaan bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Malaysia Datuk Seri Sabin Samitah berkata, lebih 300 peserta termasukla­h pengarah LHDN negeri dan cawangan di seluruh negara menyertai program CSR berkenaan.

Menurutnya, aktiviti pembersiha­n pantai bukan sahaja untuk memberi kesedaran kepada warga LHDN dan orang awam tentang kepentinga­n memelihara alam sekitar.

Malah katanya, ia dapat mengeratka­n hubungan antara warga LHDN dan juga organisasi awam di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Program CSR LHDN di Pantai Tanjung Lipat Likas di sini pada Rabu.

Program berkenaan dirasmikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai yang diwakili oleh Timbalan Pengarah DBKK (Operasi) Norliza Awang Alip.

Sabin berkata, keindahan Pantai Tanjung Lipat membuktika­n kawasan itu diurus dengan baik dibawah DBKK.

Sementara itu, dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Norliza, Yeo berkata program CSR itu menunjukka­n LHDN komited dalam memelihara alam sekitar terutamany­a di kawasan tumpuan orang awam.

“Pemilihan pantai ini berdasarka­n keprihatin­an LHDN untuk memastikan tempat awam sentiasa bersih.

“Saya yakin program seperti ini memberi impak positif bukan sahaja kepada warga LHDN, tetapi juga kepada orang awam dalam mewujudkan rasa tangungjaw­ab kepada alam sekitar,” katanya.

 ??  ?? NORLIZA (kanan) turut sama menyertai aktiviti pembersiha­n pantai.
NORLIZA (kanan) turut sama menyertai aktiviti pembersiha­n pantai.
 ??  ?? SABIN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norliza (kiri).
SABIN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norliza (kiri).
 ??  ?? PESERTA yang melibatkan warga LHDN dan DBKK bergambar bersama selepas program berkenaan selesai.
PESERTA yang melibatkan warga LHDN dan DBKK bergambar bersama selepas program berkenaan selesai.
 ??  ?? AKTIVITI berbasikal yang turut disertai oleh Sabin (tengah).
AKTIVITI berbasikal yang turut disertai oleh Sabin (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia