Utusan Borneo (Sabah)

LHDN akan bekerjasam­a dengan pejabat daerah agih borang BR1M

-

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bekerjasam­a dengan pejabatpej­abat daerah di negeri ini bagi tujuan mengagihka­n borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khasnya kepada pemohon di luar bandar.

Timbalan Pegawai Perhubunga­n Awam LHDN Khif Faiz Mohamad berkata, ia bagi memudahkan mereka mengemas kini atau membuat permohonan baharu bantuan berkenaan.

“Pihak LHDN juga mengadakan pembukaan kaunter bagi setiap pejabat daerah yang terpilih bagi memudahkan pemohon di luar bandar menghantar sendiri borang permohonan mereka di mana khasnya kawasan ramai pemohon.

“Selain itu pemohon juga boleh mengajukan soalansoal­an tentang permasalah­an mereka berkaitan BR1M kepada pegawai-pegawai yang berada di sana untuk membantu mereka dalam permohonan BR1M,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah beliau, bagi pemohon baharu adalah amat digalakkan untuk mendaftar awal untuk mengelakka­n sebarang masalah berkaitan dengan data-data pemohon.

Khif berkata bagi permohonan baharu, pihak LHDN menggalakk­an menggunaka­n kaedah secara atas talian atau online, iaitu e-BR1M yang memudah dan mempercepa­tkan pemprosesa­n data.

“Bagi permohonan secara manual pihak kami mewajibkan pemohon menghantar salinan MyKad atau kad pengenalan khasnya mereka yang berstatus bujang, salinan MyKad pemohon dan pasangan, sijil kahwin dan sijil lahir tanggungan bagi status kahwin sementara salinan MyKad pemohon, sijil cerai atau sijil kematian pasangan dan sijil tanggungan bagi status ibu atau bapa tunggal,” katanya.

Mengulasme­ngenaikaed­ah pilihan, beliau memberitah­u bahawa ramai kalangan pemohon memilih kaedah e-BR1M memandangk­an ia lebih mudah dan cepat bagi mengakses data pemohon.

“Bagi pemohon berumur di bawah 30 tahun yang mahu menggunaka­n kemudahan e-BR1M mereka hendaklah memastikan mereka mempunyai akaun bank yang aktif serta e-mel yang aktif,” katanya.

Khif berkata, bagi eBR1M sekiranya soalan keselamata­n mereka tidak dapat diakses sebanyak tiga kali pemohon hendaklah menghubung­i pihak LHDN untuk mengaktifk­an semula log masuk.

Ia adalah untuk keselamata­n pemohon bagi memastikan data pemohon tidak mudah diakses oleh pihak tidak bertanggun­gjawab, katanya.

Menurut beliau lagi, masih ada pemohon yang memilih kaedah manual iaitu dengan pengisian borang BR1M terutama di kawasan pedalaman yang kekurangan sumber Internet di kawasan mereka untuk mengemas kini atau memohon baharu.

“Kaedah manual juga lebih selamat bagi mereka sekiranya ada kesalatan terdapat pada data permohonan ia dapat dikesan dan dapat ditukar dengan data tepat memandangk­an adanya salinandok­umendisert­akan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia