Utusan Borneo (Sabah)

Nasib tiga beranak seperti jatuh ditimpa tangga

Selain ketiadaan tempat kediaman, anak bongsu Abang Zayid turut mengalami pelbagai penyakit kronik

-

KUCHING: Kesempitan hidup seorang pengawal keselamata­n ibarat ‘burung terbang mencari sarang tetap’ apabila terpaksa berpindah-randah bersama isteri dan anaknya mencari tempat berlindung.

Lebih menyedihka­n apabila anaknya yang berusia setahun tiga bulan itu disahkan menghidap masalah paru-paru dan asma, termasuk jantung berlubang sejak berada dalam kandungan.

Bagaimanap­un Abang Zayid Abang Zaini, 41, tetap tabah berdepan ujian yang dihadapiny­a sejak beberapa tahun lalu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, apabila dia terpaksa bekerja seorang diri demi menyara keluargany­asertamena­nggung kos sewa bulanan bilik rumah kedai di Padungan.

Menceritak­an kisahnya, bapa kepada lima orang anak itu menegaskan selagi mampu berusaha dengan tulang empat keratnya, dia akan menjaga keluargany­a.

Namun apakan daya, empat daripada anaknya terpaksa dihantar ke Pusa untuk tinggal bersama nenek mereka.

“Saya terpaksa berbuat demikian kerana anak bongsu (Nur Fatin Fatihah) tidak digalakkan untuk bercampur dengan jumlah orang yang ramai.

“Dia (Fatin) amat sensitif disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya,” katanya.

Mendedahka­n perkara itu, Abang Zayid berkata anaknya itu pernah menjalani pembedahan jantung berlubang di Institut Jantung Negara yang menelan belanja lebih RM44,000.

Kini dia memerlukan tempat kediaman yang selesa dan sesuai untuk membesarka­n anaknya.

“Besar (rumah) bukan soalnya, asalkan selesa untuk keluargany­a lebih-lebih lagi anak bongsunya menghidap penyakit kronik.

“Isteri (Rasidah Ismail, 40) saya tidak bekerja kerana perlu menjaga Fatin,” jelasnya ketika ditemui di kediamanny­a semalam.

Ketiadaan pendapatan tetap sebelum ini menyebabka­n Abang Zayid bersama keluarga terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Malah pernah dihalang daripada memasuki bilik sewa kerana lewat membuat pembayaran menyebabka­n tiga beranak itu terpaksa tidur di kaki lima.

Apa yang penting sekarang katanya, untuk mendapatka­n bantuan rumah sewa dengan kadar yang mampu.

“Saya telah menghantar permohonan untuk mendiami rumah sewa (flat) di Padungan di bawah kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Jumaat lalu.

“Permohonan itu saya sertakan dengan surat sokongan daripada Pejabat Ketua Menteri, saya harap selepas ini ada maklum balas daripada pihak berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abang Zayid memilih kediaman di kawasan Kuching Selatan kerana memudahkan urusannya untuk membawa Fatin menjalani pemeriksaa­n kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pusat Jantung HUS di Kota Samarahan setiap bulan.

“Saya terpaksa berbuat demikian kerana anak bongsu (Nur Fatin Fatihah) tidak digalakkan untuk bercampur dengan jumlah ” orang yang ramai ABANG ZAYID ABANG ZAINI Pengawal keselamata­n

 ??  ?? ABANG Zayid bersama isterinya Rasidah dan anaknya Fatin.
ABANG Zayid bersama isterinya Rasidah dan anaknya Fatin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia