Utusan Borneo (Sabah)

Penguang seru warga Marudi beri sokongan padu kepada BN

-

MARUDI: Masyarakat di Marudi diseru supaya bersatu dan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hingga mendapat majoriti besar.

Dalam pada itu, masyarakat juga diingatkan bersatu padu serta tidak mendengar fitnah dan berita palsu yang menyebabka­n pergaduhan sesama sendiri.

Nasihat tersebut disampaika­n Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil ketika berucap merasmikan jalan kampungdiR­umahKaunse­lor Suring Jelian di Sungai Bain, Tinjar baru-baru ini.

Sementara itu, ketua masyarakat dan tuai rumah perlu menambah ilmu pengetahua­n dengan banyak bertanya dan belajar daripada agensi kerajaan untuk menjana ekonomi dan pentadbira­n masing masing.

“Gunakan peluang dan rangkaian yang ada sekarang,” katanya.

Penguang yang baharu setahun lapan bulan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, mengakui sudah melawat hampir 200 rumah panjang.

“Saya tidak mahu lawatan saya disambut secara besarbesar­an, sebaliknya saya mahu melihat sendiri isu dan permasalah­an yang dihadapi setiap kampung dan rumah panjang.

“Selepas itu baharulah saya dapat membuat perancanga­n yang sewajarnya,” tambah beliau.

Penguang kemudianny­a menyaranka­n semua rumah panjang menerusi JKKK mereka menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela berikutan kebanyakan lokasi mereka jauh dari bandar.

“Saya akan memohon pembinaan sebuah balai bomba di pekan Lapok,” katanya.

Pada majlis tersebut, Penguang menyampaik­an peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) masing-masing RM25,000 kepada JKKK Rumah Suring, RM25,000 kepada JKKK Rumah Douglas Bungan di Sungai Bain Baru, JKKK Rumah Jemat di Sungai Sebatu (RM20,000), PIBG SK Sungai Bain (RM10,000) dan RM13,000 untuk JKKK Rumah Pong Imbap di Sungai Ampun, Tinjar.

Beliau menjelaska­n bahawa beliau akan menyampaik­an surat pelantikan 24 tuai rumah pada pagi Sabtu kelak di Rumah Jarau.

Penguang juga menyerahka­n tiga buku kepada SK Sungai Bain yang disumbangk­an Yayasan Tun Jugah berjudul ‘Rentap, Warrior, Legend’, ‘Enigma with the Dictionary’ dan ‘A comprehens­ive Iban-English Dictionary’ oleh Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF).

Hadir sama isteri beliau Datin Monica Ukong Jaya, Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing Sadai, Pengerusi MDM Edward Mendai, SAO Marliney daripada Pejabat Daerah Beluru dan Penghulu Buan Gelungan .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia