Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk kampung simen jalan, keadaan berlubang dan daif bahayakan pengguna

Keadaan berlubang dan daif membahayak­an pengguna

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Penduduk Kg Bambangan Baru, Inanam bergotongr­oyongmenyi­menbeberap­a bahagian jalan raya Kg Bambangan Baru-Air Terjun Kg Kionsom yang berlubang pada Sabtu.

Pengerusi penganjur Awang Badar berkata, mereka terpaksa menyelesai­kan sendiri masalah itu kerana beberapa bahagian jalan berkenaan dalam keadaan teruk dan membahayak­an pengguna.

“Ada bahagian jalan yang berlubang dalam dan sudah tiada ruang untuk kenderaan mengelak. Menunggu peruntukan dari kerajaan biasanya memakan masa sedangkan jalan raya ini kami gunakan setiap hari.

“Sebab itu, kami ambil inisiatif selesaikan­nya sendiri dengan bergotongr­oyong. Segala perbelanja­an kami tanggung sendiri,” katanya sambil berterima kasih kepada penduduk yang bekerjasam­a termasuk menghulurk­an sumbangan kewangan bagi menjayakan gotong royong itu.

Selain penduduk kampung, beberapa pengusaha di kampung itu iaitu Kokol Farmstay, Kasih Sayang Resort, Kokol Height dan Villaku turut menghulurk­an bantuan.

Awang berharap kerajaan memberi perhatian kepada memastikan jalan raya berkenaan sentiasa dalam keadaan baik kerana ia bukan hanya laluan utama setiap hari penduduk kampung tetapi juga pelancong ke Air Terjun Kionsom atau pusat peranginan di Kg Bambangan Baru dan Kokol.

Menurutnya, jalan raya itu juga perlu dinaiktara­f agar lebar lorongnya cukup untuk dua kereta.

“Jalan raya ini agak curam tetapi banyak bahagian lebar laluannya tidak cukup untuk dua kereta. Ia membahayak­an terutama apabila ada kereta bertembung dari arah yang bertentang­an,” katanya.

“Ada bahagian jalan yang berlubang dalam dan sudah tiada ruang untuk kenderaan mengelak. Menunggu peruntukan dari kerajaan biasanya memakan masa sedangkan jalan raya ini kami gunakan setiap hari. Sebab itu, kami ambil inisiatif selesaikan­nya sendiri dengan bergotong-royong. Segala perbelanja­an sendiri.” kami tanggung AWANG BADAR, Pengerusi penganjur

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK kampung yang menyertai gotong-royong menutup sementara jalan berlubang yang siap disimen.
PENDUDUK kampung yang menyertai gotong-royong menutup sementara jalan berlubang yang siap disimen.
 ??  ?? PENDUDUK kampung sedang membancuh simen di jalan raya berlubang.
PENDUDUK kampung sedang membancuh simen di jalan raya berlubang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia