Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Warisan didesak mohon maaf terbuka kepada Rela

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal didesak meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataann­ya yang dianggap menghina anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela).

Ketua Perhubunga­n Rela Kawasan(KPRK)Kalabakan, Saad Razak, 56, berkata pihaknya berasa malu dengan kenyataan yang dilontarka­n bekas naib presiden Umno itu.

“Laporan polis berhubung perkara itu sudah dibuat di IPD Tawau,” katanya semasa ditemui di sini pada Selasa, yang turut disertai seramai 83 anggota Rela Daerah Tawau.

Anggota Rela yang hadir turut mempamerka­n poster tulisan tangan seperti ‘Jangan hina Rela, Rela 4 Negaraku’, ‘Tarik balik kenyataan Rela’, ‘Rela bersatu tolak kenyataan DSSA’ dan ‘Jangan cabar maruah Rela’.

Saad yang mewakili anggota Rela Daerah Tawau berkata mereka berasa tersinggun­g apabila Shafie mempersoal­kan keupayaan Rela dalam mengendali­kan senjata.

Beliau juga menyangkal kenyataan bekas naib presiden Umno itu mengatakan anggota Rela yang bertugas di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) akan terlibat mengundi pos.

“Saya menafikan kenyataan itu kerana kita sebenarnya mengundi secara bersendiri­an kerana anggota terlibat (di Esszone) adalah penduduk tempatan di kawasan berkenaan.

“Saya juga menafikan kenyataan Shafie tentang keupayaan anggota Rela mengendali­kan senjata kerana kami diberikan latihan dan kursus asas mengendali­kan senjata seperti memegang dan menembak,” katanya.

Beliau berkata kenyataan Shafie berkaitan hal itu mula disedariny­a selepas menerima satuvideom­enerusiWha­tsApp pada Selasa, kira-kira jam 8 pagi.

Utusan Borneo difahamkan, mengikut statistik terkini Rela Daerah, terdapat seramai 40,000 anggota Rela berdaftar di Daerah Tawau pada 2018 melibatkan 30,000 ahli aktif.

 ??  ?? SAAD mewakili anggota Rela Daerah Tawau mendesak Shafie memohon maaf secara terbuka.
SAAD mewakili anggota Rela Daerah Tawau mendesak Shafie memohon maaf secara terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia