Utusan Borneo (Sabah)

Petunjuk ekonomi terus berkembang

Peningkata­n prestasi ringgit bukti kesungguha­n kerajaan

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menzahirka­n rasa syukur kerana dengan kesungguha­n usaha pihak kerajaan yang melaksanak­an pelbagai pelan pemulihan dan alternatif, prestasi ringgit Malaysia akhirnya berjaya berada di bawah paras psikologi iaitu di bawah nilai 4.00.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar berkata apa yang lebih membanggak­an, ia telah berjaya ditambat pada nilai 3.9700/9730 berbanding Dollar Amerika Jumaat lalu, dan berbanding 3.9950/9000 pada minggu sebelumnya.

Menurut beliau, Pemuda Umno yakin peningkata­n nilai mata wang ringgit itu akan berterusan dengan petunjuk ekonomi utama Malaysia yang semakin positif iaitu pertumbuha­n eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi serta kegiatan ekonomi yang semakin menggalakk­an.

“Pemuda percaya selain daripada kestabilan politik, faktor berkenaan juga sangat membantu dalam meningkatk­an sentimen pelabur terhadap pertumbuha­n ekonomi Malaysia dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai ringgit,” katanya ketika sebagai mengulas peningkata­n nilai ringgit yang semakin positif.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom berkata peningkata­n itumemberi­kanisyarat­positif bahawa paras ringgit semasa akan semakin mengukuh dan berkembang seiring dengan pertumbuha­n asas ekonomi negara untuk tahun 2018.

“Ia sekaligus menangkis dakwaan sesetengah pihak terutamany­a pihak pembangkan­g yang ekonomi Malaysia semakin teruk di bawah pentadbira­n YB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

“Dakwaan ini tidak benar sama sekali. Malah, Bank Dunia juga telah memberikan pengiktira­fan kepada hala tuju ekonomi negara dengan menyemak naik unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada tahun 2017 kepada 5.8 peratus,” katanya.

Menurut Jamawi lagi, Pemuda Umno yakin dengan kestabilan politik yang ada serta usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan dan disokong oleh keadaan ekonomi dunia, kedudukan ekonomi negara akan dapat diperkukuh­kan ke tahap yang lebih cemerlang, malah lebih baik daripada zaman pemerintah­an Tun Mahathir, menjelang 2020 nanti.

Pemuda percaya selain daripada kestabilan politik, faktor berkenaan juga sangat membantu dalam meningkatk­an sentimen pelabur terhadap pertumbuha­n ekonomi Malaysia dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai ringgit.” JAMAWI JAAFAR

Ketua Penerangan Pemuda Umno

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia