Utusan Borneo (Sabah)

JPJ pantau isu harga lesen memandu

-

ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) melalui Jawatankua­sa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) akan sentiasa memantau isu harga lesen memandu yang ditetapkan institut memandu di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata institut memandu yang dikesan mengenakan harga tidak munasabah boleh diambil tindakan termasuk menghentik­an operasi institusi berkenaan.

Beliau berkata harga siling bagi mendapatka­n lesen memandu di negara ini telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.

“Harga siling untuk mendapatka­n lesen motosikal B2 adalah RM350 manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagikereta­transmisia­utomatik (DA) adalah RM1,250.

Institusi Memandu tidak boleh mengenakan harga lesen yang lebih daripada yang ditetapkan tetapi berdasarka­n pemantauan yang dilakukan harga yang tinggi disebabkan caj tambahan yang dikenakan institusi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Rembia di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media semalam mengenai harga lesen memandu di negara ini yang semakin membebanka­n.

Majlis berkenaan dirasmikan Anggota Parlimen Alor Gajah Koh Nai Kwong dan turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Rembia Datuk Norpipah Abdol dan Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Uzir berkata kebiasanny­a caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincik­an pihak institusi berkenaan.

Beliau berkata pelanggan berhak untuk membuat aduan sekiranya caj tambahan yang dikenakan tidak relevan atau diselindun­gi.

Dalam perkembang­an lain, sebanyak 452,166 kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di bawah Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (Awas) direkodkan dalam tempoh 15 April 2017 hingga 7 Jan lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia