Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari mahu penggiat PKS lebih tangkas, bersikap terbuka

-

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggesa usahawan kecil dan sederhana serta individu supaya lebih tangkas dan bersikap terbuka bagi membolehka­n mereka memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan disediakan untuk menjadi lebih inovatif dan berdaya saing.

Beliau berkata, paling penting, mereka perlu memiliki penetapan minda serta mengguna pakai teknologi digital masa depan.

“Kita perlu bertanya soalan berkaitan tentang bagaimana saya boleh melaksanak­an kerja saya dengan lebih baik dan cepat; apakah langkah yang perlu saya ambil untuk menawarkan produk dan perkhidmat­an saya ke peringkat antarabang­sa dan bagaimana saya boleh membawa teknologi ke pasaran?

Saya percaya, sekiranya kita mendapat jawapan bagi soalan itu, kita akan dapat menarik bakat yang tepat untuk menjadi sebahagian daripada organisasi kita, terutama daripada kalangan belia tempatan,” kata Abang Johari dalam ucapan pada Forum Tenaga Kerja Digital Ekonomi Pacuan Masa Depan Untuk Sarawak dan Selanjutny­a di sini pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Abang Johari berkata keperluan menjadi peneraju digital adalah penting untuk memahami budaya kerja baharu yang menjadi amalan tenaga kerja masa depan. -Bernama

“Menjadi peneraju digital bermakna kita perlu mengubah fokus kita daripada yang bersifat “inside-out kepada outside in’; bersifat menyeluruh dalam pendekatan kita apabila membincang­kan tentang pelbagai perkara; berkeboleh­an menggunaka­n data analisis untuk membuat keputusan dengan lebih baik dan menggalakk­an kerjasama lebih meluas dalam pelbagai industri,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia