Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki nyaris maut kereta masuk gaung

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Seorang lelaki tempatan nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya jatuh ke dalam gaung di Jalan Kg Sinarut Baru di sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi memberitah­u, mangsa berusia 38 tahun yang memandu sendirian bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa telah keluar daripadake­nderaannya­dengan bantuan penduduk bersama anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Ranau sebelum dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan,” katanya.

Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang memandu kenderaan jenis Isuzu D-Max dari arah Kg Sinarut Baru menghala ke Pekan Ranau, dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung kira-kira 100 meter.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada cuaca hujan, jalan licin serta sempit dan tanpa penghadang jalan, dan juga dipercayai memandu laju.

“Pemeriksaa­n lanjut juga mendapati semasa kejadian cuaca hujan renyai-renyai, gelap serta jalan selekoh,” jelasnya.

Farhan berkata, kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana memnadu dengan cuai sehingga menyebabka­n kemalangan.

Operasi menyelamat di lokasi kejadian melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau bersama sebuah jentera dan EMRS, diketuai PBK Wasli Saupin.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan pacuan empat roda selepas kemalangan itu.
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda selepas kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia